,
Laman Utama

Pempengaruh Ini Tular Selepas CCTV Bagi 'Tendangan Kung Fu', Belasah Suami Tersebar

Maliah Surip
30/09/2021
01:45 MYT
Seorang pempengaruh Dhena Devanka menjadi buah mulut netizen tempatan sejak beberapa hari ini selepas beberapa aksi rakaman CCTV yang menunjukkan dirinya sedang memberi tendangan ke arah perut suaminya, yang juga seorang pelakon, Jonathan Frizzy tular.
Rakaman CCTV yang juga menyaksikan dia sedang memukul Jonathan di atas katil dan memegang alat senaman sengaja dibocorkan oleh bapa saudara Jonathan, Benny Simanjuntak, baru baru ini.
Sebab utama Benny mendedahkan CCTV tersebut kepada umum adalah sebagai salah satu bukti Dhena yang sedang menuntut cerai daripada anak saudaranya itu seorang perempuan yan melakukan keganasan rumah tangga terhadap Jonathan.
Menerusi foto yang merupakan tangkap layar dan dikongsi di akuan Instagram Benny, Dhena yang kelihatan memakai seluar merah jambu memberi 'tendangan kungfu' kepada suaminya di dalam sebuah bilik.
Insiden tersebut terjadi dipercayai sewaktu pasangan yang berkahwin pada tahun 2012 dan punya tiga anak ini bertengkar.
Sebaik mengetahui tangkap layar CCTV tersebut menjadi tular, Dhena, 37, memberi respon dengan mengatakan dirinya kecewa terhadap perbuatan Benny yang telah memalukannya.
Menerusi Insta Story, Dhena mengatakan tindakan menendang lelaki yang dua tahun lebih tua daripadanya itu pastilah bersebab dan telah terjadi pada tahun 2019.
"Gementar sungguh menulis caption ini, tapi aku tak habis fikir di mana orang yang aku fikir tak akan menyakiti ku malah menjadi orang yang paling menyakiti ku dan yang mempermalukanku.
"Rasanya tak bijak membuat pendapat tanpa tahu kebenarannya seperti apa dan bila kejadiannya (suatu gambar tidak dapat membuktikan kejadian saat itu) apakah relevan dengan yang sekarang terjadi?" tulisnya seperti dilaporkan media tempatan.
Dhena juga sebelumnya menuliskan dengan panjang lebar kekesalannya selepas foto tersebut yang sengaja disebarkan telah menerima kritikan dan pandangan serong kepadanya.
"Apakah masyarakat perlu tahu keadaan yang sebenarnya, kenyataan yang selama ini saya alami, tindakan yang selama ini kamu lakukan pada saya?
"Selama ini saya diam ya mencuba untuk menutupi semua kerana tak mahu anak-anak terluka, maka dari itu karena sudah lelah dengan ceritanya kalian #wontstopcantstop ya saya mundur teratur lah, saya yang menggugat (cerai) biar kamu bisa bahagia bersamanya," kata Dhena.
Sementara itu, Benny melalui akaun Instagramnya menjelaskan dia bukan sengaja atau jahat untuk menyebarkan foto tangkap layar insiden tersebut. Sebaliknya, tindakan yang dilakukan telah dipersetujui oleh seluruh keluarga mereka.
"Saya ingin memberi pencerahan tentang update saya yang terakhir, tentang foto yang di tahun 2019 tentang Jonathan dan isterinya, Dhena.
"Sebenarnya saya tak mahu mengeluarkan, tapi ini sudah dengan diskusi panjang bersama keluarga dan peguam.
"Kalau dibilang saya jahat, saya tidak jahat, saya hanya membantu anak saya agar jangan dihakimi masyarakat kerana dari socmed dan masyarakat melihat Jonathan yang bersalah. Ini yang saya mau clear-kan," jelasnya seperti dilaporkan Detik.com.
Terdahulu, Dhena telah meminta cerai pada 30 Ogos lalu dan mengaku ketiga tiga anaknya tidak mengetahui mereka dalam proses bercerai.
Frizzy yang juga merupakan pelakon drama popular Anak Jalanan bersetuju untuk bercerai dan memaklumkan kepada media tempatan bahawa mereka sering bergaduh dan keadaan rumah tangga yang dibina lebih 8 tahun itu sudah tidak harmoni.
Sebelumnya, dia juga pernah melaporkan suaminya itu kepada pihak polis atas dakwaan melakukan keganasan rumah tangga.
Kredit Foto: Kompas.com Instagram: @bennysimantunjak_
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Unitar