HIBURAN
Peminat Wanita Salam, Peluk & Sentuh Pipi Aisar Khaled Bikin Netizen Kurang Senang - “Orang Dah Beri Bantuan Jangan Ambil Kesempatan Pula”
Pempengaruh popular, Aisar Khaled sekali lagi mencuri perhatian apabila tidak pernah henti memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan terutama di Indonesia.
Terbaharu, menerusi perkongsian di TikTok, Aisar sedang mengagihkan bantuan seperti beras kepada penduduk setempat.
Namun apa yang menjadi perhatian adalah, klip video tersebut memaparkan seorang wanita yang juga penerima bantuan tersebut memegang Aisar seperti bersalaman dan sempat menyentuh bahagian muka Aisar.
Terkejut dengan reaksi wanita tersebut, Aisar kelihatan sangat tidak selesa apabila dia sedaya upaya untuk tidak bersentuhan dengan wanita bukan muhrim namun akhirnya gagal juga.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.
Malah ramai juga meluahkan rasa kurang senang melihat individu wanita tersebut menyentuh Aisar sesuka hati.
Selain itu, warganet turut memberi cadangan untuk memakai sarung tangan apabila bertemu peminatnya.
Must-Watch Video