,
Laman Utama

Peminat Tak Puas Hati Ziana Zain Duet Dengan Penyanyi Baharu Menerusi Single Waktu? Ini Komen Tuan Empunya Badan

Izwan Isa
30/06/2023
07:50 MYT
Penyanyi Ziana Zain tampil menjawab kritikan peminat yang tidak senang melihat kolaborasi bersama Hasif Upin menerusi single terbaharunya berjudul Waktu.
Menurut Ziana, dia berbuat demikian hanyalah untuk memberi ruang kepada pendatang baharu selain nampak bakat yang ada pada penyanyi itu.
BACA: "Best Birthday Gift Ever!" - Ziana Zain Syukur Hasrat Buat Konsert Di DFP Tercapai
“Ramai beri kritikan dan juga kecaman di Instagram saya. Mereka pertikaikan kenapa saya berduet dengan Hasif Upin. Yelah, setelah hampir 15 tahun tak ada single baharu, peminat memang ternanti-nanti. Ada juga yang tanya kenapa tak duet dengan penyanyi gred A lain.
“Sebenarnya, saya nak bagi ruang dan peluang untuk bakat baharu macam Hasif Upin, yang juga seorang TikToker. Saya setuju untuk berkolaborasi sebab nampak kualiti vokal dia dan kesungguhan Hasif untuk menceburkan diri dalam bidang nyanyian.
“Semangat dan kerajinan macam Hasif ni yang harus dipuji dan secara peribadi saya suka dengan kesungguhan Hasif,” katanya kepada Gempak.
BACA: Tak Fikir Jodoh Baru, Ziana Zain Seronok Ada Free Time Lepak Dengan Kawan-Kawan
Melanjutkan bicara, Ziana berkata, kolaborasi bersama Hasif merupakan tanda sokongannya kepada bakat-bakat baharu yang mempunyai potensi dalam industri muzik.
“Kolaborasi Ini juga merupakan salah satu sokongan saya sebagai artis yang berpengalaman untuk beri ruang serta peluang kepada bakat baru seperti Hasif Upin untuk lebih dikenali ramai,” katanya lagi.
Single Waktu yang diciptakan oleh Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat dilancarkan pada 30 Jun dan boleh dinikmati di semua pelantar digital.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Diabai Ketika Sakit, Suami Tikam Isteri Hingga Mati

gempak
09/09/2024
05:55 MYT
Seorang lelaki ditahan polis Jakarta Selatan selepas dipercayai membunuh isterinya menggunakan sebilah pisau dalam kejadian yang berlaku di Jalan Sepat, Kecamatan Pasar Minggu pada 4 September.
Hiburan

“Pakcik Jangan Jerit..” - Pu Riz Terkejut, Sedih Di Marahi Jawatankuasa Masjid Ketika Berehat Tunggu Waktu Solat

gempak
06/09/2024
01:54 MYT
Pendakwah selebriti, PU Riz meluahkan rasa kecewa selepas dimarahi oleh seorang jawatankuasa masjid.
Hiburan

Pernah Viral Nyanyi Lagu Ziana Zain, Ayish Malkan Kini Bergelar Penyanyi & Lancar Lagu Pertama - "Cinta Dicintai Sentuh Sanubari..."

gempak
17/07/2024
18:48 MYT
Hanya kerana video nyanyiannya tular, nama Ayish Malkan akhirnya dikenali oleh sebahagian besar peminat.
Hiburan

Produksi Paku Tanah Jawa 'Diganggu' Ketika Shooting Dalam Hutan Yogyakarta! - "Ada Babak-Babak Ritual Dilakonkan..."

gempak
20/06/2024
11:51 MYT
Gunung Tidar yang terletak di bahagian selatan Kota Magelang, Jawa Tengah secara umumnya cukup terkenal dengan ‘paku’ Tanah Jawa.
Hiburan

Ziana Zain Diva Seluruh Generasi, Musnahkan Skeptikal Usia 56 Hanya Angka

gempak
27/05/2024
15:55 MYT
Ziana Zain di depan mata. Tanpa pernyataan ‘show off’, beliau mempersona, anggun dan punya aura seperti sejak pertama kali kemunculannya lebih 20 tahun lalu.