,
Viral

"Peminat Tak Bagi Saya Duit, Selama Ni Survive Bukan Sebab Mereka" - Beego

Amri Hassan
07/04/2020
03:37 MYT
Pelakon Beego menyifatkan kelangsungan hidupnya selama bergelar artis bukan semata-mata kerana peminatnya.
Malah kata Beego, peminat tidak membantu memberinya wang sebaliknya individu yang sentiasa bersamanya ialah keluarga dan sahabat.
"Kamu silap. Selama ini kami survived bukan kerana peminat. Peminat tak bagi kami duit.
"Pengikut Instagram saya tak ramai. Siapa selama ini ada bersama saya? Kawan-kawan dan keluarga," jelasnya.
Kenyataan Beego itu bagi menjawab tulisan salah seorang pengikutnya di Facebook yang menyatakan 'artis perlukan peminat untuk popular'.
Dalam pada itu, Beego turut meluahkan rasa kesal apabila ada dalam kalangan ahli keluarganya kurang sensitif mengulas tentang isu perang artis dan netizen.
"Tiga empat hari ni penuh orang komen pasal Persatuan Seniman Malaysia dan artis Malaysia.
"Aku tahu bukan semua yang netizen maksudkan, aku faham... yang aku tak fahamnya ada saudara mara yang nak juga jadi netizen tanpa ada sensitiviti yang mungkin aku ni boleh terasa jug sedikit sebanyak.
"Sebab gelaran artis tu terpalit pada aku yang dah suam-suam kuku ni.
"Jangan tanya kenapa aku unfriend pastu jumpa tengok muk korang pun aku tak nak.
"Aku hanya manusia lemah... ingat, cubit peha kanan, kiri terasa," pesan Beego.
Sebelum ini kecoh apabila ada selebriti tempatan yang menyelar tindakan segelintir artis membabitkan isu permohonan bantuan khas kerajaan buat penggiat seni terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan.
Ramai selebriti terguris dan memuat naik sindiran serta pandangan terhadap artis kontroversi itu.
Lebih memburukkan keadaan apabila perbualan sesama selebriti dalam grup Telegram Persatuan Seniman Malaysia tersebar di Internet yang menjurus kepada luahan kesal artis terhadap netizen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.