,
Hiburan

Peminat Seriau Tengok Fouziah Main Tali Skipping Ketika Hamil

Amri Hassan
12/09/2017
03:30 MYT
Memasuki fasa enam bulan kandungan, pelakon Fouziah Gous kelihatan aktif melakukan pelbagai aktiviti senaman dan amalan pemakanan sihat setiap hari.
Tidak kira di rumah atau gimnasium, pelakon itu sering mengemaskini akaun media sosial Instagramnya dengan melakukan pelbagai aktiviti ketika hamil.
Terbaharu entry pelakon filem Bujang Senang itu ketika sedang bermain tali skipping di sebuah gimnasium di Bukit Jelutong, Shah Alam mengundang rasa khuatir peminatnya.
"Biasalah tu tersangkut-sangkut badan dan berat. Hahaha," tulis Fouziah pada kapsyen video tersebut.
Ada antara peminatnya yang risau Fouziah mengalami kecederaan atau tersadung ketika melakukan aktiviti senaman itu.
"Take care Fouziah. Kalau saya pasti tersadung sebab lebih muatan," tulis @iamsitihasanah.
"Tak bahaya ke... Ya Allah!" getus @fadila_akmal.
Tulis @myayesha23 memberikan peringatan;"Baik-baik sis... Melompat-lompat pula. Tak sesuai tengok."
"Kita pula yang seram tengok," kata @nuuurulazainan.
Namun, ada antara peminatnya yang menyokong tindakan Fouziah serta memberikan galakan dan kata-kata semangat.
"Senang cerita ikut keupayaan masing-masing. Paling penting consult doktor dahulu. Ramai saja orang bersenam ketika hamil," kata @dhamiraaziz.
"Poja (Fouziah) mesti sudah mendapatkan nasihat sebelum dia buat apa-apa. Lagipun badan Poja slim. Tak ada hal Insya-Allah. Dia mampu, jadi kenapa tidak kan? All the best Poja," kata salah seorang pengguna.
Fouziah telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Md Zhafran pada September 2013 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Zeeshan, 2.
Teks oleh: Amri Hassan Video & foto: IG @fouziahgous
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar