,
Laman Utama

Peminat Gelar Dirinya Anoreksia, Ariana Grande: “Anda Tidak Pernah Tahu Apa Yang Dilalui Seseorang”

Maliah Surip
15/04/2023
08:45 MYT
Penyanyi Ariana Grande akhirnya bersuara dan memberi respons terhadap kebimbangan peminat terhadap penampilan terbaharunya.
Penampilan terkini penyanyi itu disifatkan terlalu kurus, tidak sihat sehingga ada yang mengatakan dirinya terkena penyakit anoreksia. Anoreksia adalah istilah bagi individu yang berdepan dengan masalah gangguan pemakanan.
Tanpa menyebut dirinya memang berhadapan masalah anoreksia, Grande sebaliknya meminta semua peminat bersikap lebih memahami dan tidak cepat menilai seseorang.
“Anda tidak pernah tahu apa yang seseorang sedang lalui. Mungkin anda datang dari keluarga yang bahagia, tak semestinya semua berada dalam keadaan yang baik.
“Tolonglah, jadi baik dan sangat memahami antara satu sama lain,” ujar Grande dalam siaran langsung di Tik Tok seperti dilaporkan BBC.
Ujar pelantun lagu Thank You, Next itu lagi, dirinya memang sempat mengalami masalah pemakanan lantaran penyakit kemurungan yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.
“Saya pernah mengambil banyak ubat anti kemurungan dan mengalami masalah pemakanan yang sangat teruk. Ia memang sangat-sangat tidak sihat.
“Saya tahu saya tak perlu jelaskan ini semua. Tapi saya mahu menjadi terbuka. Saya mahu anda tahu sihat itu adalah pelbagai ‘rupa’.
“Besar, kecil, tinggi, rendah - sihat ada pelbagai ‘rupa’ dan kecantikan tersendiri.
“Jadi kita ada pilihan untuk tidak memberi perhatian kepada hal yang tidak disukai, tapi beri tumpuan kepada yang elok-elok sahaja,” pesan Grande.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.