Hollywood
Peminat Dakwa Usher Hidap Penyakit Kelamin Selepas Lakukan Hubungan Sejenis
Seorang lelaki mengaku pernah menjalinkan hubungan intim dengan penyanyi antarabangsa, Usher di sebuah spa di Koreatown, Los Angeles.
Malah lelaki yang tidak diketahui identitinya itu mendakwa telah menghidap penyakit kelamin selepas menjalinkan hubungan seks dengan penyanyi tersebut.
Bagaimanapun tuduhan tersebut disangkal pihak Usher.
Menerusi jurucakap penyanyi itu Zia Modabber, Usher akan mengambil tindakan undang-undang dan tidak akan memberi komen lanjut mengenai kes itu.
Sebelum ini, laporan media antarabangsa menyebut, seorang penyanyi dikenali sebagai Laura Helm juga pernah mendakwa Usher menyebarkan penyakit seksual.
Namun sehingga kini, Usher masih mengunci mulutnya tentang isu penyakit seks yang menular itu.
Sumber: Bossip
Must-Watch Video