,
Hollywood

Peminat Cemas, Olivia Rodrigo Ketawa Jatuh Lubang Atas Pentas

Maliah Surip
16/10/2024
13:00 MYT
Penyanyi Olivia Rodrigo menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat selepas terjatuh sewaktu melakukan persembahan di Melbourne, Australia pada awalnya minggu ini.

BERITA TRENDING: Menang 3 Anugerah Di Grammy Awards, Piala Olivia Rodrigo Jatuh & Patah

Menerusi klip video yang tersebar, pelantun Vampire itu telah terjatuh ke dalam lubang berbentuk segi empat yang ada di atas pentas konsertnya itu.
Insiden berlaku selepas Rodrigo berinteraksi dengan peminat sebelum dia berlari dan tidak menyedari lubang yang berada di belakangnya.
Peminat yang terkejut kedengaran menjerit selepas melihat Rodrigo termasuk ke dalam lubang dan hanya tangan menggapai sisi pentas.
Tindakan pantas Rodrigo menggapai sisi lubang pentas juga menyelamatkan dirinya daripada cedera.
Meski sempat menimbulkan kebimbangan peminat, Rodrigo yang masih memegang mikrofon terdengar ketawa sebelum memberitahu keadaan dirinya.
“Ya Tuhan, ini sangat mengujakan. Saya okay.”
“Kadang-kadang memang ada lubang di atas pentas. Di mana kita tadi?” katanya ketawa selepas memanjat lubang.

BERITA TRENDING: The Power of V BTS; ‘Lepak’ Dengan Jon Batiste, Mesra Bersama Lady Gaga & Olivia Rodrigo

Penyanyi tersebut mengadakan konsert malam keempat dan juga terakhir di Rod Laver Arena dalam siri jelajah dunia, Guts.

BERITA TRENDING: Jon Bastiste, Olivia Rodrigo Menang Besar Anugerah Grammy Ke-64!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nampak Berseri-Seri, Peminat Teka Jantina Anak Sulung Nabila Razali - “Tengok Perut Tu Macam…”

gempak
15/10/2024
01:19 MYT
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali sekali lagi mencuri perhatian di media sosial, baru-baru ini.
Hiburan

Afgan Anggap Penyanyi Hulur Mikrofon Kepada Penonton Bukan Pemalas! - “Selalunya Itu Adalah Tindakan…”

gempak
12/10/2024
18:55 MYT
Menurut pelantun  lagu Untukmu Aku Bertahan itu, sebagai penyanyi kadang kala mereka juga mahu mendengarkan peminat 'sing along' dan menikmati momen tersebut bersama.
Hiburan

Lagi Sekali Buat Kejutan, Aina Abdul Hadir Ke Karpet Merah ABPBH36 Dengan Bas Bersama Peminat - “Lambang Kepada…”

gempak
11/10/2024
13:28 MYT
Penyanyi yang terkenal dengan gelaran ‘Ratu Fesyen Pelik’, Aina Abdul sekali lagi mencipta kejutan apabila tiba di sesi karpet merah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36 dengan menaiki bas.
Hiburan

Kugiran Masdo Sekali Lagi Cipta Sejarah, Tercalon Dalam Kategori Best Asia ACT Di MTV EMA - “Kami Sememangnya Mencari…”

gempak
10/10/2024
02:55 MYT
Lagi sekali, kumpulan pop popular Malaysia iaitu Kugiran Masdo mencipta sejarah apabila berjaya mewakili Malaysia dalam kategori Artis Asia Terbaik di Anugerah MTV EMA 2024 di Manchester, England pada 11 November ini.
Hiburan

Perkongsian Foto Hitam Putih Buat Peminat Risau, Aweera Akui Alami Kemurungan - "Terus Terang Saya Agak Murung Selepas..."

gempak
09/10/2024
18:55 MYT
Penyanyi Aweera tampil menjawab spekulasi netizen susulan perkongsianya di media sosial baru-baru ini.
BorakSeeni