,
Laman Utama

Peminat Bakar Mercun Dalam Pawagam Teruja Tonton Filem Baru Salman Khan

Maliah Surip
15/11/2023
15:55 MYT
Aktor Salman Khan sedang meraikan kejayaan filem terbarunya, Tiger 3 yang dikatakan sudah mencapai kutipan pecah panggung setelah beberapa hari ditayangkan.
Filem tersebut juga disambut penuh teruja oleh para penonton.
Namun ada peristiwa yang disifatkan Salman sebagai berbahaya telah dilakukan sekumpulan peminatnya.
Menerusi perkongsian video yang tular di laman X, sekumpulan peminat dilihat telah membakar mercun di dalam pawagam sebagai tanda meraikan filem tersebut.
Kejadian itu dipercayai berlaku di dalam Pawagam Mohan di daerah Maharashtra's Nashik. Mercun dibakar pada bahagian tepi dan tengah layar lebar sehingga menimbulkan suasana panik dengan percikan mercun silih berganti dan asap tebal.
Mengambil berat tentang insiden tersebut, Salman telah mencuit di bebenang X miliknya.
“Saya mendapat tahu ada yang membakar mercun sewaktu menyaksikan Tiger 3. Ini berbahaya.
“Mari nikmati karya ini tanpa meletakkan diri dalam sebarang risiko. Jaga diri semua,” cuit Salman di X seperti dilaporkan NDTV.com.
Sementara itu pemilik pawagam dipercayai telah membuat laporan kepada pihak polis dan kes dalam siasatan.

BERITA TRENDING: Sunny Deol Jadi Hero Filem Aamir Khan, Peminat Kata Mesti Blockbuster!​

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Salman Khan Cedera, Sahkan Patah Dua Tulang Rusuk

gempak
06/09/2024
11:25 MYT
Aktor Salman Khan mendedahkan dirinya mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem terkini, Sikandar.
Berita

Dendam Masih Membara, Gangster Tembak Rumah Salman Khan

gempak
16/04/2024
14:55 MYT
Kediaman pesohor Bollywood, Salman Khan ditembak dua individu tidak dikenali pada 14 April lalu.
Laman Utama

Salman Khan Sempoi Pakai Kasut Koyak Datang Malam Gala Filem, Peminat Puji Humblenya!

gempak
24/11/2023
06:00 MYT
Kasut tu paling selesa kot...
Laman Utama

Filem Baru Salman Khan, Kisi Ka Bhai Kisi Ki Jaan Tak Laku

gempak
28/04/2023
06:35 MYT
Kenapa tu?
Laman Utama

Salman Khan Selar Konten S*ks & Ghairah Bollywood: “Jangan Melampau, Ini India”

gempak
07/04/2023
14:50 MYT
Dunia Bollywood sudah sekian lama disajikan dengan adegan cinta dan bercium, dan itu cukup untuk dipertontonkan.