,
Laman Utama

Pemilik Suara Nobita Meninggal Dunia, 26 Tahun Jadi Kawan Rapat Doraemon

Mya Amri
12/11/2021
08:07 MYT
Pemilik suara animasi popular Doraemon yang membawakan watak Nobita, Yoshiko Ota dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Menurut laporan NHK, Yoshiko Ota menghembukan nafas terakhir di Hospital Kanagawa, Jepun pada 29 Oktober lalu.
Bagaimanapun berita kematiannya itu hanya diumumkan oleh The Theater Echo Company pada 8 November lalu.
Yoshiko menggalas tanggungjawab membawakan suara Nobita sejak tahun 1973.
Doraemon merupakan sahabat baik Nobita yang sudah dianggap seperti keluarga.
Selain Doraomen, Yoshiko juga meminjamkan suara untuk watak ikonik animasi lain termasuklah Leo untuk Jungle Emperor Leo pada 1966, Atsuko Kagami dalam Himitsu no Akko-chan anime (1969) dan Baby Panda untuk Panda! Go, Panda! (1972).
Yoshiko juga pernah menerima Anugerah Sepanjang Hayat di Tokyo Anime Award Festival terhadap sumbangannya dalam dunia animasi pasa tahun 2016.
Untuk info, pemilik suara Doraemon, Tomita Kosei juga telah meninggal dunia akibat strok pada 27 September 2020.
Untuk mengenang memori bersama dua pemilik suara animasi popular ini, saksikan Stang By Me Doraemon 2 di Astro First (saluran 480).
Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Didi & Friends, Kini Pengembaraan Menyelamatkan Dunia Diteruskan Bersama Oga & Friends!

gempak
18/09/2024
12:50 MYT
Astro membawakan satu lagi siri animasi baharu iaitu Oga & Friends.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Gunakan Kamera Tersembunyi Untuk Merakam, Lebih 1,000 Wanita Jadi Mangsa 'Skodeng' Lelaki Gatal Di Mata Air Panas

gempak
14/09/2024
12:55 MYT
Lelaki yang berusia 31 tahun itu dipercayai telah menggunakan kamera yang disembunyikan dalam batu tiruan yang diletakkan berhampiran dengan mata air panas  tersebut.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.