gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
"Si Perakam Bukan AJK Surau" - Musolla Halaman 11
VIRAL
Pembunuh Bersiri Twitter Dihukum Gantung Lepas Tawar Khidmat Bantu B*nuh Diri
HIBURAN
Jeff Bezos Selamat Kahwini Wartawan Dalam Majlis Bernilai RM211 Juta
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Pembunuh Bersiri Twitter Dihukum Gantung Lepas Tawar Khidmat Bantu B*nuh Diri

Maliah Surip
Maliah Surip
28/06/2025
16:50 MYT
Sponsor Banner
Pembunuh Bersiri Twitter Dihukum Gantung Lepas Tawar Khidmat Bantu B*nuh Diri
Pembunuh bersiri yang pernah menimbulkan kebimbangan dan mengejutkan Jepun menjalani hukuman gantung baru-baru ini.
Takahiro Shiraishi yang juga dikenali sebagai Pembunuh Twitter atau Twitter Killer telah membunuh sembilan orang pada 2017. Bukan hanya membunuh, Shiraishi telah merogol mangsa dalam kalangan perempuan dan mengerat anggota badan mereka kepada beberapa bahagian. Salah seorang mangsanya adalah teman lelaki kepada wanita yang dibunuh.
Kebanyakan wanita yang dibunuh merupakan remaja berusia 15 sehingga 26 tahun. Dia melakukan jenayah kejam di kediamannya selepas memujuk mangsa di Twitter, lapor BBC.
Menurut kronologi kes, Shiraishi menawarkan khidmat bantuan bunuh diri buat mangsanya.
“Saya mahu membantu orang yang dalam kesakitan. Boleh hubungi DM saya pada bila-bila masa,” begitu menurut pengakuan Shiroshi.
Jenayah lelaki yang berusia 30 tahun sewaktu ditangkap terbongkar pada Oktober 2017 selepas pihak berkuasa tempatan menemui bahagian tubuh di kawasan Zama, berdekatan Tokyo.
Polis kemudian menemui sembilan anggota badan manusia yang telah dipotong di dalam peti sejuk di kediamannya.
Keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap Shiraishi bagaimanapun disifatkan salah satu ahli keluarga mangsa sebagai ‘memudahkan hidupnya’.
“Saya lebih rela melihat dia merana dan tersiksa di penjara,” kata satu sumber.
Namun kerajaan menyifatkan hukuman mati yang telah dilaksanakan sebagai tepat selepas menilai sikap penting diri dan kejam Shiraishi hanya kerana ingin memenuhi fantasi liarnya.
Hukuman gantung terakhir kali dilaksanakan di negara Matahari Terbit itu pada 2022.
Topic Berkaitan
#Pembunuh
#Twitter
#Gantung
#khidmat
#Killer
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement