,
Laman Utama

“Pemandu Tak Cukup Punca Tambang Tidak Menentu” - Grab Malaysia

Gempak
24/05/2022
21:42 MYT
Grab Malaysia menjelaskan bahawa caj tambang perkhidmatan e-hailingnya yang dilihat berubah tidak menentu baru-baru ini mempunyai sebab tertentu.
Ia berpunca daripada kekurangan pemandu yang bekerja ketika itu untuk memenuhi permintaan yang tinggi.
Grab Malaysia dalam kenyataan semalam berkata pada pertengahan Mei lepas, jumlah pemandu di platform mereka masih dalam keadaan kurang 70 peratus daripada keadaan sebelum pandemik.
"Kami perlu terangkan dengan jelas, bahawa kami tidak membuat sebarang perubahan terhadap struktur tambang.
“Grab menerima pakai model harga dinamik bagi memastikan penumpang mendapat perkhidmatan penghantaran apabila mereka memerlukan, dan pemandu kami diberikan bayaran yang adil bagi tenaga dan masa mereka.
"Kami perlu terangkan dengan jelas, bahawa kami tidak membuat sebarang perubahan terhadap struktur tambang.
“Grab menerima pakai model harga dinamik bagi memastikan penumpang mendapat perkhidmatan penghantaran apabila mereka memerlukan, dan pemandu kami diberikan bayaran yang adil bagi tenaga dan masa mereka.
“Apabila jumlah yang menempah perkhidmatan terlalu ramai berbanding jumlah pemandu di sedia ada di kawasan tertentu , caj tambang akan melonjak bagi menggalakkan lebih ramai pemandu 'menghala' ke arah lokasi penumpang," jelasnya.
Grab Malaysia berkata keadaan permintaan dan penawaran yang tidak menentu itu didorong oleh beberapa faktor, termasuk disebabkan ramai rakan-pemandu tidak lagi aktif sejak dua tahun lepas akibat COVID-19.
Bagaimanapun menurut pihaknya, susulan langkah kerajaan menarik balik pelbagai sekatan dikenakan sebelum ini dalam usaha memerangi pandemik, tempahan perkhidmatan di platform mereka dilihat meningkat dengan pantas dan ini juga disebabkan oleh tempoh perayaan baru-baru ini.
Selain itu respons dalam kalangan pemandu bagi memenuhi permintaan yang mendadak juga dilihat agak lambat, kerana para pemandu perlu memenuhi pelbagai peraturan terlebih dahulu.
"Akhir sekali, kita lihat munculnya kesesakan lalu lintas yang cukup luar biasa. Ini meningkatkan kos (dari segi masa dan bahan api) untuk melayan setiap tempahan dan pada masa yang sama mengurangkan keberkesanan kapasiti pemandu untuk menerima lebih banyak tempahan.
"Sementara kami berusaha untuk membawa lebih ramai pemandu menyertai kami, masalah memenuhi tempahan terus berlaku, memandangkan peningkatan dalam permintaan jauh melebihi jumlah peningkatan pemandu.
“Dalam jangka panjang, kami tetap teguh dalam komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran mampu milik untuk komuniti kita, bagaimanapun dalam jangka pendek, kami akan terus berusaha untuk memenuhi semua permintaan," katanya.
Tambahnya Grab Malaysia lagi, baru-baru ini pihak mereka telah melaksanakan beberapa langkah untuk meningkatkan bekalan pemandu bagi memenuhi permintaan.
Antaranya ialah meningkatkan insentif untuk pemandunya kembali ke jalan raya semasa waktu puncak, memberi subsidi sehingga 100 peratus daripada keseluruhan kos pematuhan peraturan pemandu.
Di samping itu tawaran bonus rujukan sehingga RM300 kepada pemandu sedia ada bagi merujuk dan membantu pemandu-pemandu yang baharu.
Ia juga mencadangkan supaya penumpang merancang perjalanan mereka, dan membuat tempahan perkhidmatan lebih awal daripada biasa.
Ahad lepas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilaporkan telah mengarahkan penyedia perkhidmatan e-hailing tampil memberi penjelasan dan penjelasan berhubung dakwaan kenaikan tambang yang membebankan pengguna.
Sumber & Foto: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pelanggan Wanita Trauma, Pemandu E-Hailing Suruh Duduk Depan Atas Alasan Air Tumpah

gempak
29/08/2024
13:55 MYT
Kes berkaitan pemandu e-hailing bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam negara ini.
Berita

Diminta Hantar Makanan Ke Balai Polis, Pelanggan Rupa-Rupanya...

gempak
22/08/2024
14:55 MYT
Seorang penghantar makanan Thailand menempuh detik seram apabila menerima pesanan daripada seorang pegawai polis yang sudah meninggal dunia.
Berita

Pemandu E-Hailing Terima Anugerah Berkat Derma Darah Sebanyak 158 Kali

gempak
13/07/2024
14:55 MYT
Berkat menderma darah sebanyak 158 kali membolehkan pemandu e-hailing Kang Eng Tean, 50, menerima anugerah sebagai penderma darah terbanyak di Kelantan.
Viral

Rider P-Hailing Terperanjat Dapat Tips RM500, Pulangkan Balik Sebab ...

gempak
10/07/2024
08:25 MYT
Bekerja dalam bidang perkhidmatan penghantaran barangan atau lebih dikenali sebagai p-hailing sememangnya terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah pelanggan sama ada baik mahupun buruk.
Advertorial

PayLater by Grab Lanjutkan Mid Year Sale 2.0 Dengan Tawaran Diskaun Sehingga RM25 OFF! Jom Shopping Sekarang!

gempak
20/06/2024
11:30 MYT
Zaman serba digital sekarang, semua benda yang kita nak, kita boleh pesan dengan hanya di hujung jari. Jimat masa dan tenaga.