,
Viral

Pemandu Kejam Larikan Diri, Biar Pelajar Tadika & Guru Mati Terbakar Dalam Bas

Maliah Surip
02/10/2024
18:55 MYT
Tragedi bas kemalangan dan terbakar yang meragut nyawa 20 pelajar tadika bersama tiga guru di Pathum Thani dekat Bangkok, Thailand pada 1 Oktober masih menyisakan kesedihan dalam kalangan keluarga dan masyarakat.
Rupa-rupanya di sebalik insiden yang berlaku selepas kumpulan pelajar dan guru tersebut pulang daripada rombongan ke Electricity Generating Authority of Thailand di Bang Kruai daerah Nonthaburi itu ada fakta yang lebih menyedihkan sekaligus menimbulkan kemarahan.
Pemandu bas yang membuat kenderaan tersebut melanggar penghadang jalan telah melarikan diri selepas usahanya memadamkan kebakaran tidak berjaya.

BERITA TRENDING: Lelaki Rentung,Tujuh Terselamat Dalam Kebakaran Rumah

Kelibat pemandu yang dikenali sebagai Samarn Chankut tersebut dilihat melarikan diri meninggalkan para pelajar dan guru terperangkap di dalam bas yang marak terbakar telah dirakam oleh CCTV.
Samarn kemudian juga gagal dihubungi selepas melarikan diri. Dia bagaimanapun menyerahkan diri di balai polis pada malam insiden kejadian berlaku, lapor Bangkok Post.
Menerusi soal siasat, Samarn mengaku melarikan diri kerana terkejut dan panik selepas bas yang dipandu hilang kawalan dan terbabas sebelum terbakar.
Lelaki berusia 48 tahun itu kini berdepan empat pertuduhan termasuk kecuaian sehingga mengakibatkan kematian.
Terdahulu media tempatan melaporkan bas tersebut membawa seramai 38 penumpang yang terdiri daripada pelajar sekolah tadika dan enam guru.
Bas tersebut merupakan pengangkutan kedua daripada tiga kenderaan yang disewa untuk membawa para pelajar ke rombongan dan pameran dalam lawatan sehari.
Akibat insiden yang berlaku, 20 pelajar dan tiga guru meninggal dunia sementara 16 penumpang lain mengalami kecederaan termasuk melecur menerima rawatan di hospital.

BERITA TRENDING: Individu Kongsi Keadaan Rumah Rakan Terbakar Gara-Gara Powerbank Meletup! - “Sentiasalah Periksa ...”

BERITA TRENDING: Isteri Hidap Dementia Tak Sedar Suami Rentung Di Halaman Rumah

BERITA TRENDING: Lebih 30 Cedera Roda Ferris Terbakar Di Festival Muzik!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bangga Dengan Pencapaian Teman Wanita, Keith Foo Hadiahkan Riena Diana iPhone 16 Pro Max

gempak
05/10/2024
15:55 MYT
Pelakon Riena Diana berkongsi detik gembira dirinya menerima sebuah telefon pintar daripada teman lelakinya, Keith Foo.
Gaya Hidup

4 Fakta Menarik Inovasi Baharu Kasut Ikonik Dr. Martens!

gempak
05/10/2024
14:55 MYT
Dr. Martens terus mencipta sejarah melalui edisi terbaharu Sub Boot dan 14XX Sub Boot.
Hiburan

"Dulu Orang Curang Sembunyi-Sembunyi, Sekarang..." - Adik Waniey Cuit Pendengar Dengan Lagu Curey Depe Mato

gempak
05/10/2024
14:00 MYT
Adik Waniey atau nama sebenarnya Azmahirwani Nordin, 33, mengetengahkan genre ‘Pop Dangdut Moden’, satu konsep baharu yang dijangka mampu diterima ramai pendengar khususnya penduduk di Pantai Timur.
Viral

Bapa Durjana Jual Anak Berharga RM4,000 Kepada Pasangan Tanpa Zuriat

gempak
05/10/2024
11:45 MYT
Seorang lelaki berusia 36 tahun bersikap kejam apabila tergamak menjual bayinya kepada pasangan berkahwin lain yang sudah lama menantikan zuriat.
Viral

Lelaki Perempuan Bergaul Bebas, Dakwa Ada Roh Rasul Dalam Diri, Ajaran Cahaya Disekat!

gempak
05/10/2024
09:30 MYT
Mengaku di dalam dirinya ada roh kudus yang merujuk kepada roh semua rasul dan menganggap sudah mencapai darjat yang tinggi sehingga tidak perlu beribadat.
BorakSeeni