Hiburan
Peluang Muncul Dalam Video Muzik Kompilasi Peminat, Yuna Bawakan Cabaran #DoesSheChallenge
Penyanyi Malaysia, Yuna yang menempa nama di peringkat antarabangsa sememangnya menjadi kebanggaan kita. Nama Yuna tidak perlu diperkenalkan lagi.
Lagu Blank Marquee daripada album terbarunya Rouque sudah di streaming hampir lima juta kali, manakala untuk tempoh sebulan lalu saja, lagu Likes dan Does She juga sudah di streaming hampir setengah juta kali.
Terbaru, penyanyi hebat ini membawakan satu cabaran untuk para peminatnya, #DoesSheChallenge.
#DoesSheChallenge adalah cabaran untuk para peminat menyanyikan lagu atau bait-bait lagu daripada lagu Does She.
Menurut Yuna, mereka yang menyertai #DoesSheChallenge berpeluang untuk memenangi satu pek merchandise, satu mesej peribadi daripada Yuna sendiri, perkongsian cerita di page Yuna, dan juga peluang untuk muncul dalam video muzik kompilasi peminat-peminatnya.
Kalau anda ingin menyertai #DoesSheChallenge, anda boleh lawati https://Yuna.lnk.to/DoesSheChallenge
Kredit Gambar: Instagram
Must-Watch Video