5 Tahun Berehat, Izara Aishah Dedah Bakal Bintangi Drama Bersama Fattah Amin - “Sedikit Risau Nak…”
Lima tahun berdiam diri dalam industri lakonan tanah air, pelakon Izara Aishah mendedahkan dirinya bakal membuat kemunculan semula dengan membintangi sebuah drama.
Gemuruh nak berlakon
Menurut Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham, 32, mengakui berasa sedikit gemuruh untuk kembali berlakon.
Tambahnya lagi, drama tersebut bakal ditayangkan pada bulan Ramadan tahun hadapan.
"Lima tahun saya berhenti berlakon, perasaan sedikit risau nak mulakan semula. Rasa macam dah tak reti berlakon."
"Penggambaran akan berjalan dalam bulan ini (November), dah nak mula dah pun.
“Akan ditayangkan pada bulan Ramadan tahun depan. Jangan terkeluar balik makanan waktu berbuka lihat saya berlakon semula," katanya.
Perkara berkenaan dikongsi sendiri oleh aktres itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Izara juga memaklumkan antara barisan pelakon yang terlibat sama dalam drama berkenaan adalah Fattah Amin, Amir Ahnaf dan Puteri Balqis
ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Dapat Hak Jagaan Fatima, Fattah Diberi Hak Lawatan Bermalam Dua Kali Sebulan
ARTIKEL BERKAITAN: Selalu Sangat ‘FYP’, Netizen Anggap Fattah Amin Dah Hilang Nilai Eksklusif - “Sekarang Ini Terlalu Awam, Mana-Mana Dia Saja”
ARTIKEL BERKAITAN: “Mak Dengar Lagu Dah Siap, Dia Kata…” - Aina Abdul Tunai Permintaan Ibu, Fattah Amin Jadi Hero Muzik Video Lagu Baharu
"Hero drama itu Amir Ahnaf. Saya dan Fattah Amin sebagai co-heroin dan co-hero. Fattah Amin sebagai abang ipar saya dalam itu.
Fattah adik-beradik dengan Puteri Balqis. Fattah bukan suami saya dalam drama itu," jelasnya lagi.