,
Hiburan

Pelbagai Spekulasi Timbul, Hafiz Suip Kongsi Foto Sahabat Sejati - “Diorang Tak Ada Assume Atau Tuduh Aku Bukan-Bukan Sebab…”

Asyikin Mayudin
04/06/2024
00:55 MYT
Pelbagai spekulasi yang timbul mengenai rumah tangga penyanyi Hafiz Suip dengan isterinya iaitu Nureffy Jesreel Abdullah selepas dia menyahaktifkan akaun Instagram miliknya pada 16 Mei lalu.

Spekulasi Mengenai Rumah Tangga

Bukan sahaja dikatakan rumah tangga sedang bergolak, malah netizen juga membuat spekulasi mendakwa dia bercerai sebab tidak bertanggungjawab kepada isteri.
Hafiz bagaimanapun menerusi akaun TikTok miliknya berkata sahabat yang sudah lama mengenali dirinya tidak pernah membuat andaian bukan-bukan atau menuduhnya seperti netizen.

BERITA TRENDING: Ubat Tumbuhkan Semula Gigi Rongak Diuji Pada Manusia

Malah penyanyi lagu Terus Bersinar ini turut berkongsi foto sahabat-sahabat baiknya yang sudah dikenali sejak zaman persekolahan.

“Assalamualaikum semua… nak beritahu, diorang ni la sama dengan aku dari sekolah sampai la ni. Ini pun ada lagi yang tak sempat nak invite (sebab dah lewat) dan ada yang dah lost contact.

“Still diorang tak ada assume aku atau tuduh aku yang bukan-bukan sebab diorang kenal aku siapa. Jadi, korang apa cerita ek? Sempat ke nak mintak maaf depan-depan nanti,” kata Hafiz.

BERITA TRENDING: Dakwa Dirinya Dah Tak Releven, Netizen Bimbang Lihat Keadaan Hafiz Suip Di TikTok

Bagaimanapun usaha Gempak untuk mendapatkan kenyataan Hafiz sehingga kini masih gagal disebabkan penyanyi itu tidak memberi sebarang respons apabila dihubungi.

BERITA TRENDING: “Muka Elok Tapi Bebal Pun Tak Guna Dik!” - Michael Ang Back Up Suami Ain Edruce, Bella Astillah Beri Emoji Tepuk Tangan

Terdahulu, Hafiz meminta orang luar untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung rumah tangganya bersama isteri tanpa mengetahui cerita sebenar.
Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 34, turut mengingatkan netizen tidak ikut campur dalam isu rumah tangga mereka seolah-olah mengenali dirinya.
"Korang (netizen) tak kenal aku jadi korang jangan sembanglah macam korang kenal aku sangat. Ini siaran langsung saya, suka hatilah saya nak cakap apa," katanya menerusi TikTok baru-baru ini.
Hafiz juga berkata dia terhibur apabila terbaca sebuah komen ditinggalkan netizen yang mendakwa dia bercerai kerana tidak tanggungjawab kepada isteri.
Malah sebelum ini, Hafiz ada memuat naik foto bersama anak-anaknya akaun TikTok miliknya memberitahu dia sangat merindui dua cahaya matanya itu.
Apa yang menarik perhatian netizen, penyanyi lagu Awan Nano itu menggunakan tanda pagar atau kapsyen yang bertulis ‘Miss them so much... goyah ke tu? (tanda pagar) Terus bersinar, jangan main api’.
Untuk rekod, Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 7, dan Muhammad Alkaf Zayne, 4 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ajai Kongsi Video Hafiz Suip Bukan Sebab Nak Raih Perhatian - “Saya Tak Nampak Dia Nak Tinggalkan…”

gempak
17/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai menjelaskan perkongsian video penyanyi Hafiz Suip sebelum ini bukanlah untuk meraih perhatian netizen.
Hiburan

Berjubah Gelap, Hantaran Isteri Hafiz Suip Cetus Perhatian – “Bismillah, Doa Yang Baik-Baik”

gempak
10/09/2024
04:55 MYT
Isteri kepada penyanyi Hafiz Suip iaitu Nureffy Jesreel mencuri perhatian warganet di media sosial.
Hiburan

Isu Gaduh Atas Jalan Raya, Hafiz Suip Diperintah Jalani Bon Berkelakuan Baik

gempak
08/09/2024
10:48 MYT
Mahkamah Majistret Kuching pada Khamis memerintahkan Hafiz Suip dan dua lelaki lain untuk menjalani bon menjaga keamanan akibat bergaduh di tempat awam, minggu lalu.
Viral

Tular Video Hafiz Suip Bertengkar Di Jalan Raya Dengan Driver Lain, Muka Kena Sembur ‘Pepper Spray’

gempak
30/08/2024
12:18 MYT
Tular sebuah rakaman video yang memaparkan penyanyi Hafiz Suip bergaduh dengan seoranng pengguna jalan raya lain, baru-baru ini.
Hiburan

Anggap Hafiz Suip Penyanyi Profesional, Ajai Terbuka Untuk Bantu Naikkan Nama Semula - “Orang Kata Dia Ada Masalah Tapi…”

gempak
07/08/2024
03:55 MYT
Kemunculan penyanyi Hafiz Suip yang menyanyikan lagu Ku Akui di konsert ByAjai & Mega Friends pada Sabtu lalu di Mega Star Arena, Kuala Lumpur sememangnya mengubat kerinduan peminat.