gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Pengawal Keselamatan Tiada Kuasa Minta, Imbas Kad Pengenalan - JPN
HIBURAN
Britney Spears Tukar Nama, Pindah Ke Mexico Untuk Cari Ketenangan
VIRAL
"Bau Wangi Menusuk Hidung Keluar Dari Tingkap Van, Seolah Bau Bunga Tapi Lebih Istimewa" - Saksi Kongsi Kisah Jenazah Nurly Shahirah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Pelawak Mati Dibunuh Selepas Bertemu Teman Wanita Atas Talian

gempak
Maliah Surip
15/12/2023
00:55 MYT
Sponsor Banner
Pelawak Mati Dibunuh Selepas Bertemu Teman Wanita Atas Talian
Seorang pelawak terkenal Amerika Syarikat, Tou Ger Xiong ditemui meninggal dunia pada 11 Disember lalu di Medellin, Colombia.

BERITA TRENDING: Influencer Bunuh Anak, Sorok Mayat Dalam Almari

Ger Xiong yang juga merupakan aktivis diketahui pergi ke Medellin pada 29 November lalu untuk bertemu seorang wanita yang dikenali secara atas talian.
Namun pelarian Laos berusia 50 tahun tersebut tidak dapat dihubungi sebelum abangnya, Eh Xiong memaklumkan kehilangan lelaki tersebut kepada pihak berkuasa, lapor Vice News.
Menurut abangnya, pelawak tersebut menghubunginya dan meminta wang sebanyak $2,000 (RM9,400). Dia mengirimkan wang namun tidak mendapat respons daripada Ger Xiong dan mengambil keputusan menghubungi rakan sebilik adiknya.
Rakannya memaklumkan menerima panggilan telefon dari Ger Xiong yang mendakwa diugut dengan pistol diacukan kepadanya.
Selepas kehilangan Ger Xiong dilaporkan, pihak berkuasa tempatan menjalankan pencarian sebelum menemui pelawak tersebut di tepi gaung dengan banyak kesan tikaman pada seluruh badannya.
Dia dipercayai mungkin telah diperdaya oleh penjenayah yang menyamar dalam aplikasi jodoh atas talian dan dirompak lalu dibunuh selepas cuba melarikan diri.

PILIHAN PEMBACA: Pengarah Terkenal, Isteri Ditemui Maut Di Rumah Dengan Banyak Kesan Tikam

Topic Berkaitan
#Hollywood
#Pelawak
#Bunuh
#Mati
#Laos
#Tou Ger Xiong
Must-Watch Video