,
Laman Utama

Pelantar Minyak Velesto Naga 7 Tenggelam, Semua Kru Berjaya Dikeluarkan

Awani
04/05/2021
09:20 MYT
Sebuah pelantar minyak laut dalam milik Velesto, Naga 7 di perairan Sarawak dilaporkan tenggelam susulan kerosakan pada salah satu tiang sokongan.
ConocoPhillips Sarawak Ltd dalam satu kenyataan tengah hari Selasa menyebut kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 2.45 petang Isnin itu telah menyebabkan pelantar menyenget 10 peratus daripada posisi awal.
Kenyataan syarikat itu turut memaklumkan susulan kejadian, pasukan tindakan kecemasan (ERT) telah dikerah dan pihak berkuasa berkaitan telah dimaklumkan.
"Keutamaan kami ialah keselamatan petugas dan kami mengesahkan semua kru berjaya dikeluarkan dari Naga 7.
"Tiada kecederaan atau kerosakan alam sekitar dilaporkan."
Sementara itu, memetik laporan portal The Star, kesemua 101 anak kapal Naga 7 berjaya diselamatkan melalui operasi penyelamatan oleh kapal Perdana Marathon dan Armada Tuah.
Kesemua mangsa yang selamat dipindahkan ke darat bagi tujuan keselamatan.
Punca dan nilai kerosakan sedang disiasat.
Naga 7 merupakan pelantar 'jack up' dengan kaki julur bebas premium yang berupaya untuk menggerudi sehingga 30,000 kaki dan kadar operasi kedalaman air sejauh 375 kaki.
Kredit Foto: Facebook Ng Lin Zhi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Feri Pulau Kapas Tenggelam

gempak
24/07/2024
03:25 MYT
Sebuah feri ikonik dilaporkan tenggelam di Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth pada awal pagi Rabu.
Hiburan

Bukan Bunuh, Kekasih Tamara Kata Tenggelamkan Kepala Anak Ke Air Untuk Latihan

gempak
12/02/2024
06:55 MYT
Kekasih pelakon Tamara Tyasmara yang menjadi suspek pembunuhan anak lelakinya, Dante di sebuah kolam renang umum pada hujung bulan lalu sudah ditajan pihak berkuasa.