,
Laman Utama

Pelakon Veteran Datuk Zulkifli Zain Meninggal Dunia Ketika Azan Maghrib

Hanafis Haris
05/09/2020
14:11 MYT
Pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain meninggal dunia pada usia 76 tahun sebentar tadi.
Allahyarham yang juga suami kepada pelakon Datin Normala Omar dan bapa kepada pensyarah serta aktres Dr. Norzizi Zulkifli menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika azan maghrib.
Perkara itu disahkan oleh anaknya, Zazleen Zulkifli sebentar tadi.
“Insya-Allah jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas Zohor.
“Papa dah memang sakit angin ahmar lama. Dia juga ada sakit jantung, darah tinggi kencing manis dan buah pinggang.
“Mohan doakan arwah papa ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.
Untuk makluman, sekitar Mac lalu pelakon veteran itu sebelum ini berada dalam keadaan kritikal apabila disahkan mengalami pendarahan dalam otak.
Malah, Allahyarham ini sebelum ini pernah diserang angin ahmar pada 2016.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Dia Minta Saya Masakkan Mi Kari Tapi…” - Dr Norzizi Zulkifli Dedah Hasrat Terakhir Ayahnya Sebelum Meninggal Dunia

gempak
06/09/2020
09:15 MYT
Allahyarham Datuk Zulkifli Zain meninggal dunia pada usia 76 tahun malam semalam.