,
Laman Utama

Pelakon, Tiga Tertuduh Berdepan Hukuman Mati Sebab Jual Ganja Dalam Vape

Gempak
08/03/2023
09:01 MYT
Seorang pelakon dan tiga yang lainnya berdepan hukuman mati selepas Mahkamah Majistret menetapkan 31 Mac nanti bagi mengetahui laporan kimia terhadap pertuduhan mengedar dadah jenis ganja.
Majistret Wong Chai Sia membuat keputusan itu selepas dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sareeka Balakrishnan bahawa laporan itu masih belum diterima.
Terdahulu, pelakon terbabit, Said Muhammad Ismail Said Pakir, 29, dan tiga lagi tertuduh, H S Sarvinder Singh, 23, Muhammad Amir Hafiz Zamani, 30, dan Delson Dean Samson Akmal, 26, didakwa pada 10 Januari lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada mereka selepas pertuduhan dibacakan di hadapan majistret berkenaan kerana kes membabitkan hukuman mati berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, semua tertuduh secara bersama mengedar ganja seberat 494 gram di Jalan Klang Lama, Brickfields di sini, jam 9.34 malam pada 3 Januari lalu mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati atau dikenakan sebatan minimum sembilan kali dan penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding hari ini, tiga tertuduh iaitu Said Muhammad Ismail, Muhammad Amir Hafiz dan Delson Dean diwakili peguam, Mohamaed Ashmeer Ashrof, manakala Savinder Singh diwakili peguam Shastidaran Sathaiseelan.
Said Muhammad Ismail adalah pemilik kedai vape, manakala Savinder Singh serta Delson Dean bekerja di kedai vape berkenaan dan Muhammad Amir Hafiz pula penjual burger.
Sebelum ini, media melaporkan empat lelaki ditahan selepas dipercayai menjual ganja dalam bentuk cecair rokok elektronik atau 'vape' dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Klang Lama pada 3 Januari lalu. - HARIAN METRO
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.