,
Hiburan

Pelakon Speed Racer, Christian Oliver Dan Dua Anak Perempuan Maut Nahas Kapal Terbang

Awani
06/01/2024
01:15 MYT
Pelakon Jerman, Christian Oliver dilaporkan terbunuh setelah pesawat ringan yang dinaikinya terhempas di perairan kepulauan Caribbean.
Selain Christian Oliver atau nama sebenarnya Christian Klepser, 51, turut terkorban dalam nahas itu ialah dua anak perempuannya, Madita, 10, dan Annik, 12.
Pesawat ringan yang membawa bintang filem Speed Racer dan Valkyrie itu berlepas dari Lapangan Terbang F Mitchell di Becquia, sebuah pulau kecil dan sebahagian daripada negara Caribbean St. Vincent dan Grenadines (SVG) pada petang Khamis.
Oliver bersama dua anaknya itu dikatakan menuju ke pulau berhampiran iaitu St Lucia apabila ia terhempas.
"Tidak lama selepas berlepas, pesawat itu mengalami kesukaran dan terhempas ke laut," kata pegawai penyiasat.
Pemilik dan juruterbang pesawat itu yang dikenali sebagai lelaki Amerika Syarikat, Robert Sachs, turut terbunuh.
Menurut laporan dan rakaman video orang awam yang berada di pesisir pantai, pesawat yang dinaiki aktor tersebut berada dalam keadaan menjunam sebelum terhempas ke laut.
Penyelam dan nelayan tempatan dari Ladang Paget di pulau kecil Bequia juga dilaporkan bergegas ke tempat kejadian untuk memberikan bantuan, menurut kenyataan Polis Diraja SVG.
Kesemua mangsa telah dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat yang dijangka diadakan dalam beberapa hari akan datang.
Sementara itu, jurucakap pelakon itu dalam satu kenyataan berkata: "Ingatan dan doa kami adalah bersama-sama Oliver, dua anak perempuannya dan keluarganya".
Sehingga kini, pihak berkuasa sedang melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca nahas.
Mendiang Oliver sudah 30 tahun terlibat dalam dunia lakonan dan banyak membintangi filem popular termasuk naskhah Speed Racer dan Valkyrie.
Selain itu, beliau juga muncul dalam filem Steven Soderbergh The Good German dan dalam dua musim siri Jerman popular Alarm for Cobra 11 sebagai detektif.
Dia juga merupakan pelakon siri Sense8 di saluran Netflix Sense8 selain menyumbang suara untuk beberapa permainan video.
Baru-baru ini, mendiang Oliver turut terlibat dalam filem terbaharu francais Indiana Jones.
AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.