,
Hiburan

Pelakon & Penyair Pyanhabib Rahman Meninggal Dunia

Awani
04/06/2024
16:47 MYT
Pelakon dan penyair versatil tanah air, Mohd Supyan Abdul Rahman, yang lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di AU4 Keramat, pada Selasa malam.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pengerusi Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Mohd Khair Ngadiron ketika dihubungi Astro AWANI.
“Allahyarham disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 930 malam tadi. Ketika ini jenazah sedang diuruskan di rumahnya. Saya kini dalam perjalanan ke balai polis untuk melaporkan kematian,” katanya lagi.
Sementara itu Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Najwan Halimi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Anggerik turut memaklumkan berita sedih itu di platform X nya.
“Dukacita dimaklumkan seniman Pyanhabib Rahman baru saja menghembuskan nafas terakhir di kediaman beliau di Hulu Kelang sebentar tadi. Sesungguhnya kita datang dari Allah, dan kepada Allah jua kita akan kembali. Al-Fatehah,” katanya lagi.
Difahamkan, jenazah akan dimandikan di Masjid As Sobihin di Lembah Keramat, Ampang pada jam 9 pagi esok, dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 jam 10 pagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.