HIBURAN
Pelakon Mohon Keluarkan Nama Dari Senarai Penerima Zakat - "Anak Saya Dah Tiada..."
Zakat Selangor menerima kiriman mesej menyentuh hati daripada seorang insan seni yang pernah menerima bantuan zakat untuk menampung kos rawatan anak yang menghidap masalah tulang belakang.
Menurut mesej tersebut, selepas anak tersayang pergi menghadap Ilahi, dirinya bangkit perlahan-lahan dan kembali bekerja.
Dengan rezeki yang sedikit demi sedikit mula terbuka semula, dia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada senarai penerima zakat.
“Kini, selepas pemergian anak tersayang dan dengan sedikit ruang yang Allah beri untuk dia kembali bekerja semula, dia memilih untuk keluar sendiri dari senarai penerima bantuan supaya bahagiannya boleh diberikan kepada orang lain yang lebih memerlukan," tulis mengendali akaun Instagram Zakat Selangor itu.
Antara kandungan mesej yang diterima menyatakan sebab pelakon tersebut menerima pemberian zakat sebelum ini dan kini sudah kembali mencari rezeki dengan berlakon.
"Hari tu saya ambil sebab ada anak istimewa. Memandangkan dia sudah tiada Insya-Allah saya dah boleh berlakon semula.
"Dan bahagian saya tu, ada yang masih memerlukan," tulis pelakon itu lagi.

Pihak Zakat Selangor meluahkan rasa terharu dan kagum atas tindakan ini.
“Kami terharu dan kami doakan agar rezeki terus diluaskan dan dipermudahkan segala urusan, dunia dan akhirat.
“Inilah antara kisah luar biasa yang berlaku hasil zakat anda semua. Terima kasih kepada semua pengeluar zakat.
“Anda bukan sekadar membantu, anda sedang membina semula kehidupan," tulis akaun itu lagi.
Must-Watch Video