,
Laman Utama

Pelakon The Maid, Andy Teh Cedera Dibelasah 15 Individu Tepi Jalan - "Abang Pula Patah Tulang Rusuk & Hidung"

Amri Hassan
18/03/2021
05:25 MYT
Pelakon drama bersiri The Maid, Andy Teh mendedahkan dia dan abangnya telah menjadi mangsa serangan sekumpulan individu tidak dikenali pada hujung minggu lalu.
Hal itu terjadi selepas abangnya cuba membantu rakannya yang terbabit dengan kemalangan jalan raya sebelum diserang oleh lebih 10 individu secara membuta-tuli.
"Setelah berfikir panjang, saya memutuskan untuk berkongsi hal yang berlaku kepada saya sebelum ini.
"Hi semua! Terima kasih atas keprihatinan kalian. Saya menyahaktifkan akaun media sosial dan hanya menerima panggilan dari keluarga dan rakan rapat sahaja beberapa hari lalu.
"Sesuatu yang 'gila' telah berlaku kepada saya dan abang saya. Kami diserang membuta tuli dan dipukul oleh sekumpulan 10-15 orang individu pada hujung minggu lalu.
"Ia terjadi hanya disebabkan cuba untuk membantu seorang kawan yang mengalami kecelakaan jalan raya dengan dua buah kereta lain.
"Dan sekumpulan individu menyerbu datang kemudiannya menyerang abang saya dan kawannya tanpa mendengar penjelasan untuk menyelesaikan masalah dengan aman damai," maklumnya menerusi kemaskini Instagram Stories pada Rabu.
Akibat daripada serangan terbabit, abangnya mengalami beberapa kecederaan termasuk patah tulang hidung, belakang leher dan tulang rusuk.
"Kesan daripada serangan itu, tulang pada bahagian wajah patah, tulang rusuk juga patah, hidung patah, tulang C6 juga patah dan badan bengkak-bengkak," tambahnya.
Malah, Andy turut dibelasah apabila muncul kemudiannya cuba melindungi abangnya yang sudah terbaring.
"Saya sampai beberapa minit kemudian dan terus menerpa abang saya untuk melindunginya yang terbaring di lantai dan masih dipukul. Saya memeluk dan melindungi bahagian kepalanya.
"Akhirnya saya juga mengalami konkusi dan kepala saya penuh dengan kesan lebam dan luka pada belakang badan selepas turut dipukul berkali-kali," katanya yang akan menjalani imbasan CT pada hari ini
Kes tersebut telah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan seramai lima suspek telah ditahan untuk membantu siasatan.
"Kes ini telah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan saya mengucapkan terima kasih kepada Balai Polis Klang Selatan kerana menguruskan kes ini dengan cepat dan profesional. 5 suspek telah ditahan dan selebihnya masih diburu," kongsi Andy lagi.
Andy melakonkan peranan sebagai anggota polis dalam drama bersiri The Maid yang ditayangkan setiap hari Rabu di saluran Astro Ria sebelum ini.
Andy juga pernah membintangi filem Sangkar sekitar dua tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Berita

Tiga Maut, Enam Peserta Himpunan RXZ Cedera Kemalangan

gempak
16/09/2024
13:55 MYT
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, kemalangan melibatkan peserta Himpunan RXZ Members 6.0 itu dilaporkan berlaku di Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu.