,
Viral

Pelakon Lelaki Ditemui Mati Dalam Keadaan B*gel Lepas Bertemu Janji 2 Wanita Dari Tinder

Maliah Surip
29/06/2024
18:55 MYT
Seorang pelakon yang berasal dari Chili ditemui mati dalam keadaan tanpa seorang benang di sebuah Airbnb sewaktu bercuti di Colombia.

Bogel

Alex Araya, 42, ditemui berbogel dengan keadaan wajah telungkup di atas katil oleh pembersih kediaman sewa itu pada 7 Jun lalu, lapor akhbar La Tercera.

Menurut laporan sama, Araya sebelumnya menghabiskan masa bersama dua wanita yang dikenali menerusi aplikasi Tinder.

Menerusi rakaman CCTV, Araya dilihat masuk ke kediaman tersebut bersama dua wanita sekitar pukul 11.30 malam waktu tempatan pada 6 Jun 2024.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenal Lelaki Lain Menerusi Tinder, Isteri Gadai Maruah Demi Tender Projek Binaan

​ARTIKEL BERKAITAN: Ini Yang Zayn Malik Buat Untuk Cari Jodoh Lepas Putus Dengan Gigi Hadid

​ARTIKEL BERKAITAN: Kenal Di Tinder, Wanita Dakwa Zayn Malik 40 Kali Ajak Lakukan S*ks Bertiga?

​ARTIKEL BERKAITAN: “Report Kalau Jumpa” - Asyraf Aley Mohon Jangan Tertipu Akaun Palsu, Tak Pernah Main Tinder

​ARTIKEL BERKAITAN: Apa Yang Suami Aktres Ni Buat Dekat Tinder?

Kedua wanita tersebut dilihat meninggalkan kediaman itu tanpa Araya.
Hasil siasatan, kredit kad dan telefon yang digunakan Araya telah dicuri.
Mereka dipercayai membayar Uber, membeli minyak kereta serta membeli barang dan perhiasan emas.
Abang mangsa juga percaya jenayah tersebut turut membabitkan pihak lain dan berasa mereka adalah sindiket yang memperdaya pelancong.
Pihak berkuasa tempatan masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi namun percaya Araya telah diberi dadah tanpa rasa yang boleh mengakibatkan mangsa tidak sedarkan diri dalam tempoh 24 jam atau mati.
Alex merupakan mangsa ke-29 yang ditemui mati dalam keadaan sama di daerah Medellin dalam tempoh setahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Berita

Kucing Tertua Mati Pada Usia 33 Tahun

gempak
16/09/2024
18:55 MYT
Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk.