,
Bollywood

Pelakon Lagenda Bollywood, Rishi Kapoor Meninggal Dunia Selepas Dua Tahun Bertarung Kanser

Mya Amri
30/04/2020
06:29 MYT
Pelakon lagenda Bollywood Rishi Kapoor, 67, dilaporkan meninggal dunia akibat kanser pada Khamis.
Rishi yang bertarung dengan penyakit kanser selama dua tahun menghembuskan nafas terakhir di samping keluarganya di sebuah hospital bertenpat di Mumbai.
Berita sedih itu disahkan oleh keluarganya, malah pelakon Amitabh Bachan juga turut memaklumkan perkara itu menerusi Twitternya.
“Dia sudah tiada! Rishi Kapoor... Tiada... Baru sahaja meninggal dunia...” tulisnya. Dalam pada itu, abang mendiang, pelakon Randhir Kapoor mengesahkan Rishi telah dimasukkan ke hospital sebelum ini.
“Memang benar dia telah ditahan dihospital. Kesihatannya bertambah teruk dan mengalami masalah yang sama, jadi dimasukkan ke hospital,” jelasnya.
BACA: Pelakon Bollywood Irrfan Khan Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Usus
Terdahulu, Rishi disahkan menghidap kanser pada tahun 2018 dan menerima rawatan di New York. Mendiang kemudiannya pulang ke India pada September 2019 selepas kesihatannya berada pada tahap memuaskan.
Bagaimanapun khabar angin mengatakan Rishi dimasukkan ke sebuah hospital di New Delhi pada awal Februari lalu.
Rishi merupakan anak kedua mendiang pelakon Raj Kapoor dan merupakan adik-beradik kepada Randhir, Ritu Nanda, Rima Jain dan Rajeev Kapoor. Antara filem popular lakonannya adalah Bobby, Amar Akbar Anthony, Laila Majnu, Sargam, Karz, Bol Radha Bold dan banyak lagi.
Manakala projek terakhir yang diumumkan adalah filem remake Hollywood berjudl The Intern bersama Deepika Padukone.
Sumber: Hindustan Times
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.