,
Laman Utama

Pelakon Era 80-an, Mek Habsah Meninggal Dunia Akibat Penyakit Paru-Paru

Asyikin Mayudin
11/09/2023
00:43 MYT
Penyanyi, pelakon dan pelawak popular era 1980-an iaitu Mek Habsah dilaporkan meninggal dunia pada usia 67 tahun kira-kira pukul 2.45 pagi, Isnin.
Allahyarham Mek Habsah atau nama sebenarnya Habshah Bakar menghembuskan nafas terakhir di Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur akibat penyakit paru-paru.
Cucu Allahyarham iaitu Huraimi Hilman memaklumkan berita kematian neneknya itu menerusi laman Facebook.
“Selamat berehat nendaku Habshah Bakar. Innalillahiwainnailaihirajiunm. Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali,” tulisnya.
Sementara menerusi laman Facebook, penyanyi Noorshila Amin turut mengesahkan berita sedih itu dan mendoakan agar arwah ditempatkan bersama orang beriman.
“Dengan rasa hiba dah sedih. Dimaklumkan kekanda Mek Habsah telah kembali ke Rahmahtullah jam 2.30 pagi tadi.
“Dengan rendah hati saya mohon dapatlah sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Semoga Allah ampuni dan tempatkan arwah di kalangan para Solihin,” titipnya.
Terdahulu, Mek Habsah difahamkan sudah lama menderita sakit paru-paru dan terpaksa bergantung kepada bantuan pernafasan oksigen.
Jenazah Mek Habsah akan dibawa ke Masjid Bilal bin Rabah di Taman Koperasi Polis 1 pada jam 10 pagi ini.
Difahamkan urusan pengebumian akan dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selasih Fasa 2, Kuala Lumpur, pada pukul 2.30 petang ini.
Selain membintangi filem dan deretan drama, Mek Habsah juga pernah muncul dengan album atas siri Asam Pedas bersama Allahyarham Datuk Yahya Sulong dan Allahyarham Maidin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Hiburan

Gimik Bagi Cincin, Adira Nafi Dakwaan Mempermainkan Isu Rumah Tangga - “Cukuplah Hanya Saya & Abang Red Sahaja Tahu”

gempak
19/09/2024
23:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi menafikan dakwaan mempermainkan isu rumah tangga bersama bekas suaminya iaitu usahawan yang kini dipanggil Abang Red.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Berita

Order Air Tanpa Gula, Dapat Diskaun 20 Sen!

gempak
19/09/2024
15:55 MYT
Timbalan Menterinya Senator Fuziah Salleh berkata, menerusi kempen ini, pengurangan harga sebanyak 20 sen diberikan bagi semuanya minuman yang tidak bergula.