,
Laman Utama

Pelakon Ditemui Mati Jatuh Dari Tingkat 22 Pangsapuri

Gempak
11/11/2022
07:30 MYT
Seorang wanita berusia 26 tahun yang juga seorang pelakon sambilan ditemui meninggal dunia selepas dipercayai jatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di kawasan Taman Iskandar, Johor Bahru semalam.
Kejadian dipercayai berlaku pada jam 12.50 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan tentang penemuan mayat seorang wanita di bahagian bawah pangsapuri itu.
"Hasil siasatan polis mendapati wanita berkenaan adalah seorang warga tempatan berusia 26 tahun dan bekerja sebagai pelakon sambilan.
"Hasil siasatan awal mendapati, sebab kematian adalah jatuh dari tingkat 22 pangsapuri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Bagaimanapun, beliau memohon orang ramai yang melihat kejadian itu untuk tampil memberi maklumat di Balai Polis Taman Pelangi atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mat Nawi Ab Rahman di talian 016-5050808.
Difahamkan, proses bedah siasat masih lagi dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik HSA dan jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kassim Noor, Kampung Sungai Danga di sini.
Sumber - Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kucing Tertua Mati Pada Usia 33 Tahun

gempak
16/09/2024
18:55 MYT
Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Berita

Buaya Baham Pekerja Ladang Di Lahad Datu Ditembak Mati

gempak
13/09/2024
03:55 MYT
Seekor buaya ditembak mati selepas membaham seorang pekerja ladang lelaki warga Indonesia yang memancing di Sungai Matamba dalam kawasan ladang di Jalan Silabukan di sini pagi semalam.
Berita

Gadis 18 Tahun Ditemui Mati Tanpa Seurat Benang, Tangan Diikat Dengan Coli

gempak
11/09/2024
05:25 MYT
Pengakhiran yang cukup tragis buat seorang penjual makanan bergoreng di Indonesia apabila ditemui dalam keadaan badannya tertimbus di dalam hutan.
Berita

4 Tahun Tak Jumpa, Anak Temui Rangka Bapa Dalam Pangsapuri

gempak
10/09/2024
14:25 MYT
Rangka seorang pesara ditemui dalam sebuah pangsapuri di Kepong, Kuala Lumpur Khamis lalu selepas beberapa tahun kelibatnya tidak dilihat penduduk setempat.