,
Laman Utama

Pelakon Ditahan Di Lapangan Terbang Kerana Terlalu Cantik

Maliah Surip
23/09/2022
03:50 MYT
Seorang pelakon dan bintang terkenal Hong Kong, Gillian Chung berkongsi pengalaman lucu yang dialami di sebuah lapangan terbang antarabangsa.
Dia yang juga merupakan rakan duo dari kumpulan Twins bersama Charlene Choi mengatakan pernah ditahan pihak berkuasa di lapangan terbang di Jerman sewaktu masih muda.
Gillian yang kini berusia 41 tahun mendedahkan pengalaman tersebut bintang yang sewaktu muncul dalam program Promise For You, lapor Todayonline.com.
Dakwanya, penahanan tersebut berlaku sewaktu dia dan rakan wanita lainnya sedang transit di lapangan terbang itu sebelum menyambung perjalanan ke Belgium untuk menghadiri majlis perkahwinan.
Punca penahanannya adalah kerana terlalu cantik!
Oleh kerana dilihat terlalu cantik, pihak berkuasa mengesyaki mereka akan melakukan jenayah. Gillian bagaimanapun tidak menjelaskan jenayah apa yang dimaksudkan pihak berkuasa tersebut.
“Kami memiliki waktu yang singkat sebelum mengejar penerbangan seterusnya, tanpa makanan atau sebagainya. Malangnya kami telah ditahan,” cerita Gillian.
Menurut Gillian, dia kemudian cuba menjelaskan kepada pihak berkuasa bahawa dirinya seorang selebriti dan mempunyai duit.
Namun segalanya tidak berhasil apabila mereka tetap diheret untuk siasatan.
Meski ia bukan sebuah pengalaman yang manis, Gillian tetap mengenangnya sebagai sebuah insiden yang lucu sepanjang dia yang mula terkenal sejak tahun 2001 dan kerap ‘terbang’ ke luar negara ditahan kerana terlalu cantik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.