HIBURAN
Pelakon Dimas Anggara Minta Maaf Tampar Anak Pasha Ungu
Kekecohan yang tercetus selepas Kiesha Alvaro didakwa ditampar rakan pelakon senior, Dimas Anggara kini selesai. Insiden yang memicu kemarahan bapa Kiesha iaitu Pasha Ungu itu diketahui berlaku di lokasi penggambaran sinetron Jalinan Terlarang.
Dimas didakwa sengaja menampar Kiesha meski babak tersebut tiada di dalam skrip. Tindakan itu juga dilakukan selepas pengarah menghabiskan babak di antara mereka.
Tidak menunggu lama, Dimas akhirnya meminta maaf selepas Pasha secara terbuka ‘mencarinya’ di media sosial.
Suami aktres Nadine Chandrawinata itu mengakui kesilapannya dan sudah meminta maaf secara langsung kepada Kiesha serta kedua ibu bapanya iaitu Pasha dan bekas isteri, Okie Agustina.
“Alhamdulillah Kiesha dan keluarga telah memaafkan saya. Semoga kejadian yang sama tidak terjadi lagi.
“Saya juga nak ucap terima kasih kepada keluarga Kiesha yang sudi memaafkan saya,” katanya seperti dilaporkan Kompas.
Terdahulu Pasha berang selepas mengetahui anak lelakinya itu ditampar Dimas. Ibu pelakon dan penyanyi muda itu malah menafikan insiden tampar tersebut dilakukan sebagai gimik.
“Bukan gimik. Saya melihat dengan mata sendiri anak ditampar,” katanya.
Must-Watch Video