Hiburan
Pelakon Baru Idamkan Trofi Oscar, Ini Reaksi Azhar Sulaiman - “Poyo Betul…”
“Poyo betul nak cakap macam tu,” itulah reaksi aktor, Azhar Sulaiman selepas ada pelakon baharu yang memandang rendah terhadap anugerah industri tempatan dan mengagungkan pengiktirafan daripada negara luar.
Perlu Bersifat Realistik
Menurut pelakon berusia 53 tahun itu, tidak salah untuk mempunyai cita-cita tinggi namun perkara tersebut haruslah bersifat realistik.
“Industri kita ini kecil sahaja dan anda nak bercakap tentang anugerah luar? Anda nak memperbodohkan siapa ni?
“Kita kena tahu bagaimana nama-nama seperti Michelle Yeoh dan Henry Golding boleh sampai ke tahap itu. Ada artis yang berjaya dan ada yang tidak. Malah, ada juga yang ‘perasan’.
“Memiliki cita-cita tinggi itu memang bagus tapi pada masa sama, kita jangan memperlekehkan usaha yang orang lain buat untuk industri tempatan seperti mempromosikan teater, seni persembahan atau penganjuran anugerah,” katanya.
Azhar berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengumuman malam kemuncak Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-36, baru-baru ini.
Bercerita lebih lanjut, meskipun industri seni ketika ini sudah semakin berkembang, namun, cara pembawakan diri tetap memainkan peranan.
“Kita ambil contoh pelakon baharu seperti Idan Aedan. Dia sudah muncul di platform Netflix. Ketika ini, ada banyak platform penstriman dan lebih ramai orang luar yang boleh menonton bakat tempatan.
“Seperti Hairul Azreen pula, lakonan aksinya sangat hebat. Bila-bila masa sahaja produksi luar boleh panggil. Zaman dahulu, kita memang bergantung kepada media tradisional untuk mempromosikan diri.
“Zaman sekarang, kita tinggal letak muka di media sosial, orang Hollywood pun boleh suka pada kita. Bukan kerana bakat sangat pun.
“Mungkin dengan cara kita bercakap dan pembawakan diri membuatkan mereka tertarik dan ingin membawa kita di dalam projek mereka,” kongsinya.
BERITA TRENDING: Impian Dianggap Terlalu Tinggi, Meerqeen Sedih Pernah Dipandang Remeh - “Mereka Sepatutnya Menyokong..”
BERITA TRENDING: Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .
BERITA TRENDING: Ramai Kata Cringe Dengar Meerqeen Cakap Indonesia, Tuan Badan Tak Marah - “Saya Hanya Ada Masa Lima Hari Untuk Belajar”
BERITA TRENDING: “Saya Hanya Idamkan Trofi Oscar, Itu Impian Saya” - Meerqeen
Perkara itu dibincangkan susulan seorang pelakon baharu yang sedang meningkat naik mengakui dirinya mengidamkan trofi Oscar dan menyifatkan pengiktirafan itu sebagai anugerah ‘sebenar’ dalam dunia lakonan.
Must-Watch Video