,
Berita

Pelakon Austin Powers 'Mini Me' Meninggal Dunia Pada Usia 49 Tahun

Rozaimi Zubaidi
23/04/2018
04:11 MYT
Pelakon kerdil yang terkenal menerusi watak Mini Me dalam filem Austin Powers, Verne Troyer, meninggal dunia di sebuah hospital di Los Angeles.
Dia mengehembuskan nafas terakhir pada usia 49 tahun.
“Dengan rasa duka cita dan berat hati, kami ingin memberitahu bahawa Verne meninggal dunia hari ini (semalam),” kata keluarga mendiang menerusi entri Instagram pelakon itu.
Punca kematian tidak diberitahu, namun keluarganya menulis "kemurungan dan bunuh diri adalah satu isu serius".
“Anda tidak tahu pergolakan apa yang berlaku dalam diri seseorang. Namun teruslah berbuat baik kepada sesama sendiri. Dan ketahuilah, tidak pernah terlambat untuk mendapatkan bantuan daripada orang lain,” ujar keluarganya.
Troyer, yang tingginya berukuran 2 kaki 8 inci (81 cm), terkenal dalam filem-filem Austin Powers seperti "The Spy Who Shagged Me" dan "Austin Power in Goldmember."
Dia juga pernah memegang peranan sebagai goblin Griphook dalam filem-filem Harry Potter.
Keadaan fizikal Troyer adalah disebabkan keadaan achondroplasia dwarfism. Menurutnya, ibu bapanya tidak pernah menganggap dirinya berbeza dalam kalangan adik beradiknya yang bersaiz normal.
Troyer tidak pernah dilatih menjadi pelakon, namun ketika dia bekerja sebagai petugas perkhidmatan pelanggan melalui telefon, seorang rakan memberitahunya tentang penerbit Hollywood yang mencari pelakon aksi lagak ngeri bagi bayi.
Namanya sudah lebih 25 kali mendapat kredit dalam filem, termasuk watak yang dibawakan dalam filem "Fear and Loathing in Las Vegas," "The Love Guru," dan "The Imaginarium of Doctor Parnassus."
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tiada Benci Antara Kami” - Rujuk Kembali, Nora Ariffin & Suami Banyak Ambil Iktibar

gempak
20/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menegaskan tiada dendam antara dia dan suaminya, Dr Rushdi Ramli, meskipun perkahwinan mereka hampir menemui titik noktah.
Hiburan

“Educated Tak Semestinya Pakar Dalam Sesuatu Bidang” - Perunding Hartanah Tak Setuju Diana Danielle Gelarkan Rumah Malaysia Mahal

gempak
20/09/2024
07:55 MYT
Seorang perunding hartanah tampil memberi kenyataan balas mengenai pandangan pelakon, Diana Danielle berkenaan dengan harga rumah di Malaysia yang dikatakan agak mahal meskipun bersaiz seperti ‘kotak kasut’.
Gaya Hidup

Kluang Bandar Bahagia, Tawar Kehidupan Tenang & Penuh Harmoni

gempak
20/09/2024
07:25 MYT
Perjalanan lengang dan singkat di sekitar Kluang tanpa perlu berdepan kesesakan lalu lintas teruk seperti di bandar besar, membolehkan penduduk di sini menikmati rutin seharian yang tenang.
Viral

Isteri Didakwa Fail Cerai & Berdepan Pula Dua Pertuduhan, Alif Teega Pilih Untuk ‘Kunci Mulut’

gempak
20/09/2024
06:55 MYT
Pempengaruh Alif Teega yang didakwa atas dua pertuduhan menyalahguna wang infaq hanya membisu ketika diajukan soalan selepas selesai perbicaraannya di Mahkamah Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Berita

Pekerja Meninggal Dunia Selepas Majikan ‘Reject’ Cuti Sakit

gempak
20/09/2024
06:25 MYT
Seorang pekerja kilang elektrik di Muang, wilayah Samut Prakan meninggal dunia selepas permintaan untuk cuti sakit tambahan ditolak dan dia dipaksa kembali bekerja oleh majikannya.