,
Berita

Pelajar Tingkatan 2 Hamil Dirogol Sepupu Ketika Hari Keluarga

Gempak
29/07/2024
07:34 MYT
Seorang lelaki yang disiasat berkaitan kes rogol sepupunya sehingga hamil lapan bulan didakwa di Mahkamah Sesyen Muar, Johor atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama, di sebuah rumah di Kluang, bulan lalu.
Tertuduh berusia 21 tahun bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap sepupunya di rumah mangsa di Kluang, 9.30 malam, Jun lalu.

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Pernah Rogol Budak 12 Tahun, Pemain Bola Tampar Pantai Belanda Kena ‘Boo’

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan laporan dibuat, mangsa pada mulanya menerima rawatan di sebuah klinik selepas mengadu sakit perut namun diminta rujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Hospital, Kluang.
Pemeriksaan di hospital terbabit mendapati mangsa hamil dan soal siasat polis mendapati remaja Tingkatan Dua itu dirogol sepupunya ketika mereka mengadakan Hari Keluarga di Mersing, Disember tahun lalu.
Selain itu, mangsa juga memberitahu, tertuduh turut melakukan amang seksual terhadapnya ketika bertandang ke rumah enam bulan selepas kejadian rogol.
Susulan laporan itu, polis berjaya mengesan tertuduh dan menahannya pada 24 Julai lalu bagi membantu siasatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sebelum itu, pihak pendakwaan mencadangkan agar tertuduh tidak diikat jamin dengan mengambil kira faktor termasuk hubung kait kejadian pertama (kes rogol) yang masih dalam siasatan polis.
“Selain itu, pihak pendakwaan mahu mahkamah mempertimbangkan hubungan kekeluargaan antara mangsa dan tertuduh yang mana jarak rumah mereka tidak jauh,” katanya.

BERITA TRENDING: "Saya Tak Sengaja Rogol Anak" - Penoreh Getah

BERITA TRENDING: #FailJenayah: Suzaily Dirogol, Diliwat, Dibunuh Ketika Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja, Imbas Kembali Kronologi Kes 24 Tahun Lalu

BERITA TRENDING: 4 Remaja Rogol Kanak-Kanak 11 Tahun Bergilir-Gilir Ditahan!

Selepas mendengar hujahan dan rayuan kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan tiada ikat jamin ditawarkan terhadap tertuduh serta menetapkan 25 Ogos ini untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Sumber: Buletin Utama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar