gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Yuran Anak Saya Ke Amerika Syarikat Siapa Nak Bayar?” - Aaron Aziz Tuntut Hutang RM65,000 daripada Agensi Haji & Umrah
BERITA
Putera Arab Saudi, Al-Waleed Khalid Mangkat Selepas 20 Tahun Koma
HIBURAN
Watie Hanifiah Lebih Kenal Anak, Tegaskan Talita Bukan Jenis Biadab - “Jangan Menghakimi Dia Macam Itulah…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Pelajar Perempuan Diikat Kaki, Tangan Guna Tali Leher Dalam Tandas

Gempak
Gempak
19/07/2025
20:55 MYT
Sponsor Banner
Pelajar Perempuan Diikat Kaki, Tangan Guna Tali Leher Dalam Tandas
Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di sini trauma dipercayai akibat dibuli setelah tangan dan kaki diikat menggunakan tali leher oleh rakannya baru-baru ini.
Kejadian dipercayai berlaku terhadap mangsa yang berusia 13 tahun di sebuah sekolah menengah di Sungai Petani pada Isnin.
Akibat kejadian, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.
Kejadian itu bagaimanapun disedari ibu mangsa setelah anaknya tidak muncul selepas selesai sesi persekolahan pada pukul 6.30 petang.
Perkara itu kemudian dimaklumkan kepada guru bertugas dan dibantu pengawal keselamatan untuk mencari mangsa.
Mangsa kemudian ditemui di tandas sekolah dalam keadaan kaki dan tangannya diikat menggunakan tali leher manakala mulutnya ditutup menggunakan sehelai sapu tangan.
Laporan polis dibuat ibu mangsa berhubung kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, dua pelajar yang merupakan rakan mangsa ditahan bagi membantu siasatan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati dua pelajar itu mengaku melakukan perbuatan terbabit kerana cemburu.
Bagaimanapun, jelasnya, siasatan lanjut berhubung kejadian akan diteruskan bagi mengenal pasti motif kejadian.
Sumber - SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
#sekolah
#Pelajar
#Dibuli
#Mangsa
#Mangsa buli
#Kes Buli
#Pelajar perempuan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement