,
Laman Utama

Pek NJOI HD Terbaharu Tawarkan Pengalaman Tontonan Terhebat

Amri Hassan
01/05/2021
04:17 MYT

Bermula 28 April 2021, pelanggan NJOI berpeluang untuk menonton program-program kegemaran masing-masing dalam versi berdefinisi tinggi atau HD menerusi Pek NJOI HD yang terbaharu.

Pek ini menampilkan sepuluh (10) saluran HD pada harga RM15 untuk langganan selama 30 hari. Pelanggan kini juga boleh menikmati dan merasai pengalaman yang cukup mudah untuk melakukan sebarang pembelian tambah nilai ke atas kredit prabayar dan melayari sajian kandungan dan memilih seleksi pek yang disediakan menerusi aplikasi terbaharu, My NJOI.
Memperkenalkan NJOI HD, pengalaman tontonan bertaraf premium, khas buat pelanggan
Pek NJOI HD membolehkan pelanggan menonton program-program kegemaran masing-masing seperti filem, aksi sukan secara siaran langsung, dokumentari, sajian drama terbaharu dan variasi rancangan tempatan dengan lebih jelas, dalam versi berdefinisi tinggi (HD).
Semua pelanggan boleh menikmati sehingga sepuluh saluran dalam versi berdefinisi tinggi menerusi Pek NJOI HD yang terbaharu ini pada harga hanya RM15 untuk 30 hari langganan. Sepuluh saluran tersebut adalah Astro Prima, Astro Oasis, Astro Vaanavil, Astro Xiao Tai Yang, Astro AEC, CCTV4, Astro Awani, Hello, eGG dan Astro Arena.
Untuk Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri yang akan datang ini, pelanggan NJOI boleh menikmati dan berhibur dengan seleksi program popular seperti ‘Jejak Ebit Liew’, ‘Hati Yang Dikhianati’ (Astro Prima) dan ‘Geng Ngaji’, ‘SOP Jiwa’ di saluran Astro Oasis.
Bagi setiap pelanggan yang membeli Pek NJOI HD dan mana-mana saluran lain secara prabayar, mereka kini boleh menikmati program-program menarik berikut dalam versi berdefinisi tinggi (HD) seperti siri Astro Originals, ‘Kampung Pisang Raya’ dan ‘Projek: Anchor SPM’, serta sajian drama Melayu terhebat seperti ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’, berita-berita mutakhir di ‘Awani 7.45’ dan ‘Evening Edition’, program-program antarabangsa seperti ‘Beyond Evil’, ‘You Are My Hero’ dan ‘Dil Se Dik Tak’; serta rancangan menarik kanak-kanak, termasuklah ‘Upin & Ipin’, ‘Didi & Friends’, ‘Ejen Ali’ dan banyak lagi.
Aplikasi My NJOI – Aplikasi peneman paling sempurna buat NJOI HD
Pelanggan NJOI digalakkan untuk memuat-turun aplikasi My NJOI bagi memudahkan sebarang urusan yang melibatkan pembelian kredit prabayar NJOI. Aplikasi ini menawarkan pengalaman yang cukup ringkas dah cepat kepada sajian kandungan yang ditawarkan NJOI dalam versi katalog, yang mana ia membenarkan pelanggan untuk membuat urusan tambah nilai kredit NJOI dan menyemak baki kredit masing-masing pada bila-bila masa, di mana jua mereka berada.
Pelanggan juga boleh kekal maklum dengan sebarang perkembangan terkini program-program terbaharu yang disiarkan serta mengetahui info mengenai promosi yang ditawarkan, terutamanya yang melibatkan program-program kegemaran masing-masing. Aplikasi NJOI ini sedia untuk dimuat-turun di kedua-dua peranti iOS dan Andriod bermula 28 April 2021.
Pengarah NJOI di Astro, Mazhairul Jamaludin berkata, “Sejak dari tahun 2012 lagi, NJOI memainkan peranan penting dalam membantu mengurangkan jarak penguasaan digital di kalangan rakyat Malaysia dengan menyediakan akses penting kepada segmen pendidikan, informasi, berita, hiburan termasuklah aksi sukan kepada masyarakat.
"Hari ini, lebih dari 90% isi rumah di Malaysia memiliki HDTV atau Smart TV, seterusnya mengukuhkan hakikat bahawa perkhidmatan HD atau berdefinisi tinggi merupakan sesuatu yang baru dan normal kepada ramai di kalangan kita. Pelancaran Pek NJOI HD ini dilakukan pada masa yang tepat kerana kini pelanggan NJOI boleh merasai pengalaman menonton sajian kandungan yang berkualiti dalam versi HD, di rumah masing-masing menerusi HDTV.
"Sehubungan dengan itu juga, kami turut melancarkan aplikasi My NJOI dan menawarkan pengalaman yang sangat mudah di ruangan digital untuk sebaran urusan yang melibatkan pembelian kandungan atau menambah nilai perkhidmatan prabayar masing-masing. Dengan inovasi ini, NJOI kekal komited dalam menawarkan setiap pelanggan yang ada di luar sana dengan Nilai terbaik, Pilihan dan Kemudahan, serta pengalaman tontonan terhebat kepada mereka.”
Beli ‘Sports Pass’ NJOI untuk menikmati kesemua perlawanan UEFA EURO 2020 dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik
Bagi mana-mana peminat bola di saluran NJOI, anda kini boleh membeli ‘Sports Pass’ untuk menonton kesemua 51 perlawanan UEFA EURO 2020 dalam versi berdefinisi tinggi (HD) di saluran-saluran yang disediakan khas. ‘Sports Pass’ ini hanya berharga RM70 buat mereka yang membelinya awal atau pembelian ‘early bird’ iaitu mulai 5 Mei – 31 Mei 2021. Menariknya lagi, pelanggan juga boleh membeli gabungan Pek NJOI HD dan ‘Sports Pass’ secara ‘bundle’ hanya pada harga RM75 sahaja.
Pelanggan juga boleh terlibat dalam peraduan GAMEBIRA NJOI dari 5 Mei 2021 hingga 8 Ogos 2021 dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti HDTV, baucar sukan dan barangan cenderahati istimewa EURO.
Dapatkan rebat atau diskaun menerusi tawaran kempen NJOI HD
Bagi meraikan pelancaran Pek NJOI HD ini, NJOI akan menganjurkan dua promosi utama untuk menggalakkan pelanggan menaiktaraf dan menikmati perkhidmatan NJOI HD mereka. Dua promosi tersebut adalah:
  • Promosi My NJOI – Muat-turun aplikasi My NJOI hari ini dan jadi 5,000 pelanggan pertama yang membeli Pek NJOI HD menerusi aplikasi My NJOI dari 28 April 2021 – 31 Julai 2021, dan anda akan diberikan rebat bernilai RM10.
  • Pek Prabayar dengan tawaran NJOI HD – Bagi mana-mana pelanggan yang membeli pek prabayar terpilih menerusi Pek NJOI HD, anda akan menerima diskaun sebanyak RM10 atau rebat bernilai RM10 sebagai sebahagian dari tawaran ‘bundled’, dari 30 April 2021 – 31 Oktober 2021.

Pek NJOI HD ini boleh dibeli menerusi aplikasi My NJOI, atau di saluran 200, laman rasmi NJOI, WhatsApp NJOI mahupun di peruncit-peruncit terdekat NJOI. Pelanggan baru NJOI boleh membeli kotak NJOI pada harga RM379 dan untuk menikmati pengalaman tontonan lebih hebat, mereka boleh terus membeli Pek NJOI HD pada harga RM15 sebelum membuat sebarang pembelian prabayar mana-mana saluran atau pek. Untuk maklumat lanjut mengenai NJOI HD dan aplikasi My NJOI, sila layari www.njoi.com.my atau hantarkan mesej WhatsApp ke 03-9543 8100.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

10 Hari Tiada Pelanggan, 'Pak Cik Tukang Kasut' Pernah Tertidur Di Kaki Lima - "Memang Tiada Langsung Duit Poket..."

gempak
22/08/2024
09:25 MYT
Kasut-kasut lusuh menjadi peneman Ujang Samsudin siang dan malam. Bergantung harap pada kasut lusuh sebagai punca rezeki, dia pernah bergelut ketika tiada pelanggan singgah di 'kedai kecil' miliknya.
Hiburan

Masih Post Produk Sokong Zionis?, Netizen Tegur Daiyan Trisha - “Stop Promote Produk Mereka..”

gempak
12/05/2024
03:55 MYT
Nama pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha hangat diperkatakan di media sosial baru-baru ini apabila didakwa masih tidak berhenti mempromosikan produk yang menyokong Israel.
Gaya Hidup

#Travelmana: A Villa By A River... Villa Nur Jannah Tarikan Baharu Di Janda Baik!

gempak
30/03/2024
09:21 MYT
Villa Nur Jannah terletak di Janda Baik, Pahang dengan keluasan 4,000 kaki persegi.
Gaya Hidup

Musim Kahwin-Kahwin Kembali, Semak Apa Yang Best Di Ekspo Ijab Qabul 2023

gempak
03/11/2023
11:03 MYT
Dari Shah Alam ke Wangsa Maju.
Laman Utama

Harga Jalur Lebar Dari RM60 Sebulan Untuk Pelanggan Astro

gempak
04/10/2023
07:43 MYT
Pelanggan boleh nikmati penjimatan RM900 dalam tempoh 24 bulan!