,
Laman Utama

Peguam Siti Nordiana Terima Memorandum Kehadiran 5 Sekawan, Semua Sudah Diwakili Peguam

Amri Hassan
18/08/2021
23:37 MYT
Peguam yang mewakili penyanyi Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin dari Tetuan Abang Azlan & Associates mengesahkan sudah menerima surat dan memorandum kehadiran daripada Tetuan Azlan Razak & Associates pada 16 Ogos lalu.
Firma terbabit merupakan peguamcara yang mewakili penyanyi Mohd Razlan (Lan Solo), Nur Sheila (Sheila Razlan) dan Zuraidah (Syura) selaku defendan pertama, kedua dan ketiga.
Selain itu, Abang Azlan mengesahkan firmanya sudah menerima surat serta memorandum kehadiran daripada Tetuan Nurul Hafidzah & Associates yang mewakili Sam Musyadzafar (Sam Samin) dan Razidah (Aida G) yang juga defendan keempat dan kelima, pada Selasa.
"Setakat ini tiada sebarang perkembangan. Cuma untuk makluman, defendan keempat dan defendan kelima diwakili oleh peguam Tetuan Nurul Hafidzah & Associates.
"Yang mana telah menyerahkan memorandum kehadiran kedua-dua defendan tersebut kepada firma saya," katanya kepada Gempak.
Memorandum kehadiran diserahkan sebagai susulan saman yang difailkan oleh Siti Nordiana atas dakwaan memfitnahnya di platform media sosial menerusi sesi siaran langsung di Instagram pada 20 Julai lalu.
Terdahulu, peguam yang mewakili Lan Solo, Sheila dan Syura iaitu Muhammad Hafiz Hood memaklumkan berkemungkinan kedua-dua pihak peguam akan berbincang untuk mediasi di luar mahkamah selepas proses memfailkan semua penyataan.
Nana telah memfailkan saman itu pada 30 Julai lalu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan menamakan lima sekawan itu sebagai defendan.
Menerusi pernyataan tuntutan, Nana mendakwa pada 20 Julai lalu jam 11.58 malam, melalui siaran langsung yang dikendalikan Nur Sheila dan disertai empat defendan lain menerusi akaun Instagram masing-masing sudah menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.
BACA: Difitnah Di IG Live, Siti Nordiana Buat Laporan Polis & Sediakan Notis Tuntutan Maaf Kepada 5 Individu Ini
BACA: ‘Lima Sekawan’ Sahkan Terima Surat Tuntutan Permohonan Maaf Bersyarat, Diminta Bayar RM200,000 Setiap Seorang
BACA: Notis RM1 Juta Dibatalkan, Nana Hantar Writ Saman RM2.5 Juta Pula Kepada 5 Sekawan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dipecat Gara-Gara Tertidur Di Pejabat, Pekerja Ini Menang Saman RM215,000

gempak
24/11/2024
04:55 MYT
Lelaki di China yang dipecat kerana tidur sejam selepas bekerja lebih masa pada hari sebelumnya memenangi kesnya dan dianugerahkan 350,000 yuan (RM215,863.20) sebagai pampasan.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Hiburan

Prosiding Cerai Diadakan Secara Tertutup, Farid Kamil Sempat Berselawat Sementara Menunggu

gempak
20/11/2024
02:08 MYT
Pelakon Farid Kamil dilihat berselawat sementara menunggu prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian yang difailkan isterinya, aktres Diana Danielle.
Hiburan

Mohon Doa Yang Terbaik, Diana Danielle & Farid Kamil Hadir Berasingan Ke Mahkamah - “Saya Harap Semua Dapat…”

gempak
20/11/2024
01:42 MYT
Pelakon Diana Danielle memilih untuk tidak mengulas berhubung prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian terhadap suaminya iaitu aktor Farid Kamil.
Hiburan

“Nak Jadi Anak Seni Jiwa Kena Kental” - Siti Nordiana Syukur Tak Pernah Dibuli, Artis Lama Lebih Suka Kongsi Ilmu

gempak
18/11/2024
23:55 MYT
Penyanyi dan aktres, Siti Nordiana berpendapat setiap individu yang berkeinginan untuk memasuki dunia seni, mereka seharusnya memiliki jiwa yang kental.
Unitar