HIBURAN
"Saya Straight, Takut Nanti Ada Fikir Saya G*y Pula!” - Zaki Yamani
Penyanyi Zaki Yamani memberitahu dia akan memilih untuk merahsiakan hubungan percintaannya daripada pengetahuan umum sekiranya sudah mempunyai teman wanita.
Dikenali sebab bakat
Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, berkata, ia kerana dia lebih mahu dikenali disebabkan bakat sebagai penyanyi dan bukan kisah peribadi.
Bagaimanapun kata penyanyi berusia 19 tahun ini, buat masa ini dia masih lagi single dan mahu memberikan fokus kepada karier memandangkan masih muda.
"Saya anggap kontroversi cinta itu perkara biasa. Kalau digosipkan pun, saya okey saja. Tapi kalau boleh, saya lebih suka diam-diam. Saya tak mahu orang bertanya.
"Sekarang saya masih single dan kalau saya bercinta sekalipun, saya tidak akan kongsi dengan orang,” katanya kepada Gempak.
Zaki berkongsi perkara itu ketika ditemui pada pelancaran muzik video lagu duet bersama Putri Dahlia berjudul Aku Ada di Puchong, Selangor baru/baru ini.
Bukan mahu sorok
Dalam pada itu, anak kepada penyanyi hebat Datuk Jamal Abdillah ini bagaimanapun menegaskan tindakan itu bukan kerana mahu menyembunyikan orientasi seksualnya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Sejujurnya Sebagai Anak, Saya…” - Zaki Yamani Maafkan Farid Kamil Atas Kesilapan Petik Nama Datuk Jamal Abdillah
ARTIKEL BERKAITAN: Jamal Abdillah Tepis Dakwaan Zaki Yamani & Yamani Abdillah Tumpang Populariti - “Lari Macam Mana Pun, Bunyi Ayah Mereka Pasti Akan Ada”
ARTIKEL BERKAITAN: Jamal Abdillah Tetap Beri Bantuan Walau Zaki Yamani Berhabis 40,000 Demi Sambung Belajar - “Saya Akan Tanggung”
Tegas Zaki, dia bukan seorang pengamal hubungan songsang dan bimbang jika ada pihak berfikir perkara itu.
"Saya straight. Takut nanti ada fikir saya gay pula! Saya sembunyikan hubungan bukan sebab saya nak sorok orientasi.
"Saya cuma tak mahu netizen salah faham. Malu juga kalau ayah saya salah sangka.
"Setakat ini belum pernah ada gosip macam tu, jadi saya jelaskan awal-awal,” katanya.
Tak kekal lama
Berkongsi mengenai kisah cinta, Zaki mengakui pernah beberapa kali menjalinkan hubungan namun semuanya tidak kekal lama.
"Saya banyak kali putus cinta tapi saya bukan kaki perempuan. Biasanya saya yang ditinggalkan. Tak semestinya orang pilih sebab rupa saja," ujarnya.
Mengulas hubungannya dengan Putri Dahlia, Zaki menjelaskan mereka hanyalah kawan rapat dan sudah lama saling mengenali.
"Kami memang ada chemistry yang baik, tapi kalau saling berpandangan pun, kami akan ketawa. Jadi saya rasa hubungan itu tak akan jadi lebih daripada kawan," ujarnya.
Must-Watch Video