,
Hiburan

Peguam Sahkan Farid Kamil, Diana Danielle Sudah Tidak Tinggal Sebumbung - “Selepas Ini Komunikasi Antara Dua pihak Pun Hanya…”

Umirah Halim
04/11/2024
04:25 MYT
Peguam syarie mewakili aktres, Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan anak guamnya dan suami, Farid Kamil sudah tidak tinggal sebumbung lagi.
Menurut Akberdin, situasi ini juga berlaku sejak sebulan yang lalu.
“Secara teliti dia (Diana) tak beritahu saya tetapi dia kata Farid memang dah keluar rumah, sudah tidak lagi sebumbung. Lebih kurang sebulan lalu.

“Selepas ini, komunikasi antara dua pihak pun hanya akan melalui peguam masing-masing sahaja,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pagi ini.

Sebutan pertama bagi permohonan rujuk dan perceraian bersama aktor, Farid Kamil akan berlangsung pada 20 November ini.
Sebelum ini, Farid ketika ditemui media baru-baru ini memberitahu dia masih tinggal sebumbung dengan isterinya malah baharu sahaja berhubung dengan Diana menerusi panggilan telefon pada Selasa lepas.
Bagaimanapun, beberapa jam selepas itu, Diana tampil menafikan dakwaan suami nya bahawa mereka masih berhubung dan memaklumkan dia tidak mahu lagi tinggal sebumbung dengan Farid menerusi Instagram Story.
Terdahulu, ketika tiba di mahkamah, Diana hanya mengharapkan semua urusan perceraian mereka berjalan dengan baik selain berpendapat tiada keperluan sekiranya harus melalui proses mahkamah yang berpanjangan selepas ini.
Malah, peguam turut memaklumkan bahawa tiada persefahaman dan syiqaq berpanjangan menyebabkan Diana nekad untuk bercerai.
Sebelum ini, pemilik nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson, 34, mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad untuk berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.
Pelakon filem Imaginur itu juga enggan lagi dipujuk malah mendakwa sega janji yang ditabur Farid sebelum ini tidak pernah tertunai.
Farid atau Farid Kamil Zahari, 43, dalam satu temu ramah baru-baru menyifatkan kemelut rumah tangga dengan Diana hanya perselisihan faham yang sangat kecil.
Dalam masa sama, Farid menerima dengan baik keputusan Diana untuk memfailkan perceraian malah bersedia memberikan komitmen terhadap proses yang bakal didepani kelak.
Difahamkan, Farid berada di lokasi penggambaran tatkala Diana meluahkan hasrat tersebut menerusi satu hantaran dalam media sosial.
Pada 10 Mac tahun lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu namun, kembali rujuk sebulan kemudian.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

BERITA TRENDING: Tak Boleh Hidup Bersama, Tiada Persefahaman & Berlaku Shiqaq Punca Diana Danielle Nekad Nak Cerai

BERITA TRENDING: Sudah Tegur Suami Pakai Rantai Emas, Atikah Suhaime Mohon Netizen Tak ‘Over’ Ketika Menegur - “Sakitkan Hati Sesama Manusia Pun Berdosa”

BERITA TRENDING: Lamborghini Bukan Untuk Fattah Amin, Tapi...

BERITA TRENDING: Kucing Peliharaan Di Bangkok Wajib Tanam Mikrocip

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nora Danish ‘Back Up’ Diana Danielle, Anggap Sikap Masyarakat Suka Hakimi Insan Lain Tak Wajar - “Allah Lihat Kualiti Bukan Kuantiti”

gempak
23/11/2024
07:55 MYT
Pelakon Nora Danish bersetuju dengan kenyataan aktres Diana Danielle yang mengatakan tidak patut merendahkan usaha seseorang yang ingin berubah ke arah kebaikan.
Berita

Suspek Kes Buli UPNM Mengaku Tidak Bersalah Pijak Perut Mangsa Pakai Spike But

gempak
22/11/2024
03:55 MYT
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak, pada bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur, hari ini.
Terkini

Diana Danielle Luah Rasa Syukur Urusan Mahkamah Berjalan Lancar -  “Selepas Ini, Proses Perceraian Pula…”

gempak
20/11/2024
05:36 MYT
Diana menerusi Instastory turut berharap proses perceraian yang dijangka akan diadakan pada 2 Disember di mahkamah yang sama dapat diselesaikan dengan segera.
Hiburan

Teruja Nak Sambut ‘Birthday’ Aurora, Farid Kamil Bawa Anak Ke Lokasi Romantik - “Dia Nak Hadiah Paling Mahal…”

gempak
20/11/2024
03:54 MYT
Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari, bagaimanapun enggan berkongsi lokasi sambutan hari lahir anaknya.
Terkini

Status Masih Suami Isteri, Diana Danielle; “Ini Bukan Momen Gembira Untuk Sesiapa Pun…”

gempak
20/11/2024
03:15 MYT
Akberdin berkata perakuan rujuk perlu diambil di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dokumen itu perlu dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk permohonan perceraian yang ditetapkan pada 2 Disember ini.
Unitar