Viral

Peguam Asiah Abd Jalil Bongkar Perkahwinan Lelaki Digelar Ikon ‘Poligami Harmoni’ Tak Dapat Restu Keluarga Isteri-Isteri – “Isteri Kedua Pernah Dipukul…”

gempak
Khairil Khusyairi
06/12/2024
06:20 MYT
Sponsor Banner
Peguam Asiah Abd Jalil Bongkar Perkahwinan Lelaki Digelar Ikon ‘Poligami Harmoni’ Tak Dapat Restu Keluarga Isteri-Isteri – “Isteri Kedua Pernah Dipukul…”
Peguam sensasi Asiah Abdul Jalil sekali lagi mencuri tumpuan apabila membongkar kisah rumah tangga seorang lelaki yang melakukan poligami tiga isteri.

Perkahwinan Tak Dapat Restu Keluarga Isteri

Menerusi perkongsian di Facebook, Asiah mendedahkan 'plot twist' yang dilakukan lelaki tersebut kepada isteri-isterinya seperti tidak mendapat restu daripada keluarga isteri kedua dan ketiga sewaktu menikahi wanita-wanita berkenaan.
“Isteri pertama ada 3 orang anak. Isteri pertama rela bermadu.

“Isteri kedua dinikahi pada tahun 2021, tanpa restu daripada wali dan keluarga. Sebelum bernikah, isteri kedua lari dari rumah. Berbulan-bulan tanpa khabar berita.

“Suami failkan permohonan wali enggan di mahkamah syariah. Akhirnya berjaya menikahi isteri kedua. Isteri kedua kini sedang hamil.

“Isteri ketiga dinikahi di Thailand. Tanpa restu daripada wali dan keluarga. Pernikahan sudah hampir setahun. Majlis perkahwinan isteri ketiga diadakan baru-baru ini. Sekadar nak tutup cerita pasal kahwin lari di Thailand. Kononnya isteri-isteri reda dan support madu 3,” dedah Asiah.

Isteri Kedua Pernah Dipukul & Diceraikan

Bongkar Asiah lagi, dia juga mendakwa isteri kedua lelaki berkenaan pernah diceraikan dan pernah dipukul oleh isteri pertama namun kembali rujuk.

“Isteri pertama dan isteri ketiga disuruh tinggal serumah. Isteri kedua disuruh tinggal di kedai milik suami.

“Giliran bermalam para isteri, ikut suka hati suami. Adil tak adil, jangan persoal.

“Isteri kedua pernah diceraikan. Cerai melalui WhatsApp. Rujuk balik.

“Isteri kedua pernah dipukul oleh suami dan isteri pertama. Tapi tak berdaya melawan. Demi cinta katanya,” tulisnya lagi.

Bapa Pengantin Terpaksa Jadi Wali

Dalam perkongsian berbeza, Asiah turut mendedahkan kisah pernikahan lelaki berkenaan bersama isteri keduanya itu yang didakwa memaksa bapa pengantin perempuan untuk menjadi wali.
“Ayah pengantin perempuan terpaksa hadir menjadi wali?

“Kisahnya, suami failkan permohonan wali enggan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Mahkamah Syariah panggil si ayah untuk beri tunjuk sebab.

“Akhirnya si ayah diberi Perintah untuk mewalikan perkahwinan tersebut. Terpaksa hadir, terpaksa mewalikan.
“Ibu dan adik-beradik serta ahli keluarga pengantin perempuan tidak hadir semasa akad nikah?

“Kisahnya, mereka sejak dari awal lagi memang tidak bersetuju dan menentang perkahwinan poligami sebegini,” dedahnya lagi.

Terdahulu, tular kisah poligami seorang lelaki yang telah berkahwin buat kali ketiga. Kisahnya mendapat perhatian ramai kerana perkahwinan poligami tersebut tidak dilakukan secara sorok-sorok seperti kebanyakan orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Asiah Abd Jalil Beri Pandangan Mengenai Kes Da’i Syed - “Saya Rasa Dia Memang Bernasib Malang Kerana…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024