,
Laman Utama

Pegawai Kanan Polis Ditahan Kes Langgar Pelajar Depan Sekolah

Gempak
15/12/2023
21:45 MYT
Pegawai kanan polis ditahan bagi membantu siasatan kemalangan maut membabitkan pelajar tingkatan lima berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Perak, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata pegawai dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah itu akan direman esok untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, terdahulu, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Ativa dan motosikal jenis Yamaha, pada 12.40 tengah hari.
"Penunggang motosikal, iaitu remaja berusia 17 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pegawai polis berusia 44 tahun tidak mengalami kecederaan.
"Hasil bedah siasat mendapati punca kematiannya adalah kecederaan bahagian dada dan abdomen akibat kemalangan jalan raya," katanya dalam kenyataan malam ini.
Yahaya berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurutnya, siasatan turut dijalankan dari pelbagai sudut termasuk siasatan jenayah yang menjurus kepada kesalahan mematikan orang atau membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"PDRM tidak akan melindungi sesiapa termasuk pegawainya sendiri sekiranya mempunyai bukti yang kukuh.
"Orang awam juga diminta supaya tidak membuat sebatang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau boleh menimbulkan sebarang kegusaran awam," katanya.
Yahaya turut meminta orang awam yang mengetahui atau menyaksikan kejadian itu untuk berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Jong Pit Chiao di talian 016-8849163.
Terdahulu, media melaporkan polis sedang menyiasat kejadian seorang pelajar berusia 17 tahun maut dilanggar lari sebuah kereta berhampiran SMK Jati, Meru, di sini tengah hari tadi.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dilaporkan mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan, dan sedang dalam proses memanggil saksi untuk membantu siasatan.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.