,
Laman Utama

"Pedulikan Cemuhan & Kejian Manusia"- Rita Rudaini Bangga Anak Dapat Anugerah Pengetua MRSM

Syafiqah Jalal
13/04/2023
06:46 MYT
"Pedulikan Cemuhan & Kejian Manusia"- Rita Rudaini Bangga Anak Dapat Anugerah Pengetua MRSM
Pelakon Rita Rudaini bersyukur dan bangga dengan pencapaian anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang berjaya memperoleh Anugerah Pengetua MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) atas kecemerlangannya dalam bidang akademik.
Rita, 47, gembira dan menganggap kejayaan yang diperoleh anaknya itu sebagai hadiah istimewa sempena hari jadinya.
“Tahun lepas hari jadi mommy (panggilannya), Rayyan bagi hadiah dapat tempatkan diri di MRSM. Tahun ini Rayyan bagi hadiah lagi dapat Anugerah Pengetua dengan pointer tinggi.
“Syukur alhamdulillah. Mommy tak minta lebih, cuma nak anak-anak buktikan pada diri sendiri dan kepada orang di luar sana yang kita mampu berjaya.
“Pedulikan cemuhan dan kejian manusia kerana Allah SWT sentiasa ada untuk kita,” katanya.
Pelakon Mami Jarum itu berkongsi perkara berkenaan di dalam satu hantaran dimuat naik di Instagram miliknya.
Rayyan yang bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, Gemencheh, Negeri Sembilan itu memperoleh pointer yang tinggi, sekali gus melayakkannya mendapat anugerah tersebut.
Anugerah Pengetua MRSM merupakan anugerah yang diberikan kepada pelajar yang memperoleh Purata Nilaian Gred (PNG) 3.50 dan ke atas.
Rita yang merupakan seorang ibu tunggal itu turut memanjatkan rasa syukur kerana dikurniakan rezeki anak-anak yang baik dalam hidupnya.
“Terima kasih Allah kerana hadiahkan rezeki anak-anak yang baik untukku. Rezeki Ramadan,” katanya.
Dalam hantaran itu juga, pelakon itu turut berkongsi video anaknya berjalan di atas pentas untuk mengambil anugerah, selain video berbentuk ucapan yang dibuat oleh Rayyan untuk ibunya.
“Assalamualaikum mommy. Selamat hari jadi. Ini hadiah daripada saya. Saya doakan semoga mommy panjang umur dan murah rezeki,” katanya.
Dalam ruangan komen, rata-rata pengikut Rita turut berkongsi rasa gembira dan terharu atas kejayaan pelakon itu membesarkan anak-anak sehingga berjaya menjadi zuriat yang soleh dan bijak.
Malah ramai yang menganggap Rita sangat beruntung kerana dikurniakan cahaya mata yang baik dan berjaya bukan sahaja di dunia, bahkan di akhirat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Hael Husaini & Nadeera Bakal Terbang Ke Indonesia Harumkan Nama Negara

gempak
22/11/2024
13:53 MYT
Dua bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, Hael Husaini dan Nadeera akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara penuh gemilang 29th Asian Television Award (ATA29).
Filem

Membanggakan! Abang Adik Dinobat Filem Terbaik 10th Asian World Film Festival Di LA

gempak
22/11/2024
11:13 MYT
Filem Abang Adik memenangi Filem Terbaik di 10th Asian World Film Festival 2024 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hiburan

”Ya Allah Waktu Itu Saya…” - Dayang Nurfaizah Gembira Siti Nurhaliza Terima Anugerah Biduanita Negara

gempak
22/11/2024
02:55 MYT
Penyanyi, Dayang Nurfaizah melahirkan rasa gembira dengan pengiktirafan penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai Biduanita Negara baru-baru ini.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Unitar