,
Laman Utama

'Pecah Lobang' Suasana Sambutan Ulang Tahun ke 60 Barack Obama, Erykah Badu Minta Maaf

Maliah Surip
17/08/2021
13:50 MYT
Penyanyi Erykah Badu menjadi salah seorang tetamu undangan dalam majlis ulang tahun ke 60 mantan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama awal Ogos lalu.
Badu menjadi salah seorang daripada tetamu yang diundang ke majlis ulang tahun Obama yang diadakan Martha’s Vineyard di Massachusetts.
Antara syarat utama bagi semua tetamu yang hadir ke majlis tersebut adalah larangan merakamkan video dan mengambil gambar.
Malangnya, Badu telah melanggar syarat tersebut. Dia telah memuat naik video sambutang ulang tahun tersebut dalam akaun Instagramnya yang memiliki lima juta pengikut.
Tindakannya itu disusuli dengan kecaman lantaran memperlihatkan tetamu yang hadir ke majlis tersebut tidak mengikut protokol dan SOP kesihatan.
Walaupun kebanyakan tetamu adalah dalam kalangan keluarga dan teman rapat, namun mereka dilihat tidak menjaga jarak dan tidak memakai pelitup muka sewaktu wabak COVID 19 masih mengganas.
Baru tersedar tindakannya itu sebagai sebuah 'malapetaka', Badu kemudian meminta maaf kepada Obama dan keluarganya.
"Tuan Obama dan keluarga, saya minta maaf kerana menjadi tetamu yang teruk di majlis anda.
"Saya sangat tidak bertimbang rasa. Terima kasih untuk cintanya. Inilah contoh tak baik supaya anda tidak menjadi ..... Erica," cuit penyanyi itu dalam laman Twitternya lapor The Hollywood Reporter.
Menjawab soalan netizen, Badu mengatakan dia membuat permohonan maaf terbuka tersebut bukan kerana diminta berbuat demikian oleh pihak Obama sebaliknya hanya mahu melakukan keadaan yang betul.
Sementara itu menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Hannah Hankins memberitahu USA Today, rencana majlis tersebut telah dirancang berbulan lamanya dengan memastikan semua SOP COVID 19 dipatuhi.
Sebelum dibenarkan masuk ke dalam majlis tersebut, semua tetamu diminta menunjukkan bukti ujian calitan COVID 19 negatif. Malah diketahui lebih 450 tetamu yang sepatutnya ikut merayakan Obama dalam majlis tersebut membatalkan kehadiran mereka.
Selain Badu, antara selebriti yang menjadi tetamu pada majlis tersebut adalah Jay-Z, Beyonce, George Clooney, Steven Spielberg, John Legend, Chrissy Teigen, Gabrielle Union, Dwyane Wade dan H.E.R.
Kredit Foto: Getty Images
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Selamat Hari Jadi Di Syurga" - BCL Titip Ucapan Hari Jadi Buat Arwah Ashraf Sinclair

gempak
18/09/2024
16:55 MYT
Dalam satu hantaran di Instagram penyanyi yang popular dengan lagu Wanita Terbahagia itu telah memuat naik gambar Ashraf meniup lilin dan mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah suaminya itu.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.