,
Laman Utama

#PE3: Sofyank Pun ‘Berlakon’ Dengan Inspektor Khai & Inspektor Sani Dalam Polis Evo 3? Kemah Boh!

Izwan Isa
03/06/2023
03:50 MYT
Pempengaruh media sosial, Sofyank sekali lagi mempersembahkan ‘air tangan’ luar biasanya menerusi video promosi bagi filem Polis Evo 3 yang menampilkan dua teraju utama, Zizan Razak dan Shaheizy Sam.
Menerusi video yang disunting dengan kesan khas itu, Sofyank atau lengkapnya, Mohamad Sofian Abdullah dilihat membantu watak Inspektor Khai dan Inspektor Sani dalam misi mematikan sebiji bom di sebuah lokasi usang.
Kesan khas yang digunakan juga cemerlang, apabila Sofyank berjaya membuatkan dirinya ‘masuk’ ke dalam babak berkenaan dan membantu kedua inspektor itu dalam melunaskan misi yang dipertanggungjawabkan.
Pada ruangan kapsyen, Sofyank menulis: “Alhamdulillah, dapat peluang untuk shoot dengan pelakon yang hebat seperti Abang Zizan dan Abang sam! Banyak input yang saya dapat sepanjang shoot bersama dengan mereka berdua.
BACA: "Zizan Sangat Friendly" - Sofyank Kongsi Pengalaman Pertama Kali Bekerja Dengan Zizan Razak
“Pesan saya lepas ni, kalau orang tu dah pro buat sesuatu, jangan pula kita datang buat kacau atau buat pandai, kan dah mendapat Sofyan… hishh!” tulisnya.
Untuk rekod, Sofyank juga pernah menerbitkan video yang serupa bagi filem aksi komedi, Abang Long Fadil 3.
Terdahulu, Polis Evo 3 mencetak sejarah hebat apabila mencatat kutipan tiket sebanyak RM25 juta selepas lapan hari ditayangkan kepada umum di pawagam-pawagam di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.
BACA: #PE3: 8 Hari Tayang, Polis Evo 3 Kaut RM25 Juta! Watak ‘Villain’ Reza Jadi Bualan Hangat
Polis Evo 3 menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.
Ia mengisahkan Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaharu dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.
Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.
Sebelum ini, industri filem tanah air menyaksikan edisi sulung filem Polis Evo pada tahun 2015 mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta, sementara Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah kutipan RM23 juta.
Polis Evo 3 kini di pawagam berdekatan anda. Jom boh ramai-ramai kita tengok.
Kita Lagi Kuat Boh!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Astro Shaw Rai Kemenangan Cheah Liek Hou Hadiahkan Pingat Emas Pertama Malaysia, Filem Gold Ditayang Semula Di Pawagam

gempak
03/09/2024
08:29 MYT
Jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), sekali gus menyumbang emas pertama untuk Malaysia tahun ini.
Keluang Man

CEO Etika Teruja Jalin Kerjasama Dengan Astro Shaw, Tak Sabar Tunggu Filem Keluang Man

gempak
27/08/2024
15:24 MYT
Tayangan filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man sememangnya amat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Keluang Man

Astro Shaw Umum Keluang Man Tamat Penggambaran, Banyak Benda Menarik Menanti Penonton

gempak
26/08/2024
10:47 MYT
Penerbit filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man iaitu Astro Shaw bersama salah satu jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia, Wonda Coffee baru sahaja ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’.
Filem

Pertama Dalam Industri Filem Malaysia, Astro Shaw Perkenalkan Trend Treler Multi-Programmatik

gempak
26/08/2024
07:45 MYT
Baik Punya Ah Long menjadi filem pertama di Malaysia yang menampilkan beberapa treler berbeza untuk ditayangkan di pawagam.
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.