,
Laman Utama

#PE3: “Sebab Kerjalah Saya Berjaya” - Shaheizy Sam Buat Six Pack, Isteri Approved Sebab Jarang Dapat Tengok!

Mya Amri
25/05/2023
01:45 MYT
Pelakon, Shaheizy Sam akui tidak mudah untuk mendapatkan bentuk badan kekar seperti yang dilihat dalam filem terbaharunya, Polis Evo 3.
Selain untuk memberikan impak aksi yang mantap, antara babak lain yang memerlukan dirinya nampak sasa adalah adegan membuka baju dalam filem tersebut.
Berkongsi penerimaan isterinya terhadap babak itu, Sam berkata Syatilla merupakan antara yang banyak memberikan sokongan kepadanya.
“Syatilla okay sahaja, mungkin sebab dia pun jarang dapat tengok saya seperti itu.
“Dia banyak memberikan sokongan pada saya dan nampaklah dia menyukai usaha saya untuk mencapai sesuatu perkara,” katanya ketika ditemui Gempak.
Dalam pada itu, Sam juga menjelaskan jika bukan kerana tuntutan kerja, tidak mungkin berjaya kerana dia seorang yang suka makan.
“Bukan senang untuk mendapatkan six pack kerana saya adalah seorang yang sangat suka menikmati makanan.
“Semasa Perintah Kawalab Pergerakan (PKP) pada bulan Februari lalu saya okay lagi sebab baru lepas habis penggambaran tetapi pada bulan September saya dah berisi sangat.
“Tapi komitmen fasal kerjalah yang membuatkan saya boleh turunkan berat badan kalau bukan sebab kerja rasanya tidak kot,” jelasnya.
Filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof itu terus mengekalkan pameran utama iaitu Zizan Razak yang membawakan watak Inspektor Sani dan Shaheizy Sam yang membawa watak Inspektor Khai.
Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi yang lebih besar dan mencabar! #JagaJagaBoh.
Selain Zizan dan Sam, filem itu turut dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Fauzi Nawawi, Farah Ali Khan, Nora Danish, Eyka Farhana, Fezrul Khan dan ramai lagi.
Bahang Polis Evo 3 kian terasa apatah lagi lagu runut bunyi (OST) berjudul Ayuh yang dinyanyikan oleh Malique, Ernie Zakri dan penyanyi rap Aman Ra serta Kmy Kmo menjadi siulan.
Polis Evo 3 bakal ditayangkan di seluruh pawagam di seluruh Malaysia bermula 25 Mei ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Abang Sado Tarikan Utama Gerai Durian Papa Muda - "Tahun Lalu Badan Kami Kurus Kering Lagi..."

gempak
11/07/2024
01:25 MYT
Bukan hanya keenakan dan aroma durian saja memikat pencinta raja buah itu singgah ke gerai diberi nama Durian Papa Muda namun peniaga lelaki yang bertubuh cantik turut menjadi pelaris untuk menarik kedatangan pelanggan ke situ.
Hiburan

Syatilla Melvin Muntah-Muntah & Mata Jadi Merah, Ramai Doakan Cepat Sembuh

gempak
30/05/2024
04:32 MYT
Hiburan

Ini Sebab Kenapa Meerqeen Kongsi Gambar Tayang Otot- “Dulu Saya Kurus...”

gempak
29/05/2024
01:21 MYT
Perkongsian gambar ‘tayang badan’ yang dibuat pelakon, Meerqeen berjaya meraih perhatian ramai baru-baru ini.
Hiburan

Takdir Itu Milik Aku Banyak Kejutan, Jom Layan Dua Episod Akhir Malam Ini!

gempak
23/05/2024
07:53 MYT
Drama popular Takdir Itu Milik Aku dari Karya Terbaik Siti Rosmizah yang menerima sambutan penonton bakal melabuhkan tirainya pada malam ini.
Drama

Drama Karya Terbaik Siti Rosmizah, Takdir Itu Milik Aku Disambung Lagi 13 Episod!

gempak
02/05/2024
14:55 MYT
Drama bersiri popular kegemaran ramai lakonan Emma Maembong dan Shaheizy Sam itu mendapat sambutan positif dan permintaan menggalakkan selepas episod terakhir pada malam ini (2 Mei 2024). Sambungan TIMA bakal meneruskan kisah tragis Dian yang masih belum pulih ingatan, manakala Zarif dikhabarkan curang bersama Azura. Dian sangat kecewa atas perb