,
Laman Utama

#PE3: 8 Hari Tayang, Polis Evo 3 Kaut RM25 Juta! Watak ‘Villain’ Reza Jadi Bualan Hangat

Asyikin Mayudin
01/06/2023
09:55 MYT
Dalam masa 7 hari saja tayangan rasmi dan 1 hari tayangan awal, filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Production dan TGV Cinemas berjaya mengaut RM35 juta sekali gus mengatasi kutipan box office Polis Evo 2 iaitu RM 23 juta dalam tempoh 44 hari.
Manakala Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta.
Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata kejayaan ini terhasil disebabkan sokongan penonton yang memberi maklum balas positif.
“Kutipan Polis Evo 3 telah memecah rekod kutipan keseluruhan Polis Evo 2 dalam tempoh satu minggu. Momentum positif ini memperlihatkan prestasi yang lebih pantas. Terima kasih kepada semua yang telah menonton filem Polis Evo 3 di pawagam.
“Tambah mengujakan, kami turut menerima maklum balas daripada penonton yang telah ulang menonton Polis Evo 3. Kejayaan ini tidak akan terhasil tanpa sokongan anda.
“Kami akan terus fokus dalam memantapkan aktiviti pemasaran agar filem Polis Evo 3 dapat dinikmati oleh penonton dari pelbagai latar, kerana kami percaya filem ini menepati cita rasa penonton Malaysia,” katanya.
Malah watak ‘villain’ yang dilakonkan pelakon Sharnaaz Ahmad sebagai Reza, telah menarik perhatian ramai penonton yang memberi pujian mengatakan lakonan mantap dan meninggalkan kesan.
Terdahulu, watak villain Polis Evo bernama Izrail telah mengangkat pelakonnya, Hushairi Husain sebagai pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28.
Pelakon Hasnul Rahmat menerusi watak Saif iaitu karakter villain Polis Evo 2 telah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-30.
Terdahulu, Filem Polis Evo 3 mencetak sejarah hebat apabila mencatat kutipan tiket sebanyak RM16 juta selepas empat hari ditayangkan kepada umum di pawagam-pawagam di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.
Ikuti siri jelajah Polis Evo 3 seterusnya 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, Perak; dan 8, 9, 10, 11 di Singapura, Johor, Melaka. 14, 15, 16, 17, 18 Jun di Sabah dan Sarawak. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw.
ARTIKEl BERKAITAN: #PE3: Lakonan Jahat Sharnaaz Ahmad ‘Pukau’ Penonton, Jom Kita Throwback Watak ‘Villain’ Dalam Polis Evo 1 & 2
ARTIKEL BERKAITAN: #PE3: Baru 4 Hari Ditayangkan, Polis Evo 3 Raih Kutipan RM16 Juta! Cayalah Boh!
Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.
Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.
Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.
Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Ucap Birthday Noor Nabila - “I Doakan You Happy Dan Bahagia Dunia Akhirat”

gempak
04/09/2024
02:25 MYT
Perkongsian aktor Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian apabila membuat ucapan hari ulang tahun kelahiran kepada bekas isterinya, Noor Nabila, pada Rabu.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Sempena Birthday Jebat, Mahu Anak Hormati Orang Tua - "Macam Semalam Rasanya Baba Dukung Cek"

gempak
30/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Sharnaaz Ahmad menitipkan ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran keenam anak kesayangannya, Jebat Jayden.
Filem

Setiap Kali Muncul Confirm Mengekek! Ini Watak-Watak Lucu Cameo Michael Ang Dalam Filem & Drama... #5 Tu Korang Wajib Tengok

gempak
12/06/2024
14:55 MYT
Tidak hanya dikenali sebagai seorang pengarah, pelakon dan penerbit, Michael Ang turut popular dengan kameo-kameo lucunya di dalam pelbagai filem dan drama terbitan Astro.
kaharkaplahighcouncil

Ada Yang Kurang Senang Sharnaaz Ambil Foto Berdua Dengan Amelia Henderson, Aedy Ashraf Komen - “Janganlah Marah, Dia Abang Saya”

gempak
12/06/2024
00:55 MYT
Pelakon, Aedy Ashraf akui tidak berasa cemburu apabila sahabatnya, aktor Sharnaaz Ahmad memuat naik foto bersama, Amelia Henderson beserta kapsyen pujian.
Hiburan

“12 Tahun Lagi Pandangan Ini Bakal Menggelisahkan Ramai Wanita…” - Sharnaaz Ahmad

gempak
17/04/2024
06:55 MYT
Sharnaaz kongsi foto jebat.