,
Laman Utama

PDRM Minta Bantuan Interpol Jejaki Jocelyn Chia

Izwan Isa
13/06/2023
04:20 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mendapatkan maklumat dan lokasi terkini pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya akan melakukan permohonan berkenaan esok bagi membantu siasatan berhubung klip video yang tular di media sosial.
BACA: Buat Lawak Tentang Tragedi MH370, Pelawak Singapura Dikritik Netizen Malaysia - “Stand Up Comedians Yang Bagus Tidak…”
"Selain itu, PDRM juga sudah membuat salinan transkrip ucapan suspek dalam klip video berkenaan.
"Pada 7 Jun lalu, polis sudah membuat permohonan profiling kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan perkara itu masih lagi dalam tindakan SKMM," katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Program Lawatan Hospital sempena peringatan Hari Polis ke-216 di Hospital Tuanku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani (HPKK), hari ini.
Acryl berkata, siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 504/505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
Sebelum ini, tindakan Chia yang memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komedi bertajuk 'Singapore vs Malaysia' di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini, mendapat kecaman hebat daripada pelbagai pihak termasuk Malaysia dan Singapura.
BACA: Isu Pelawak Singapura Jadikan Tragedi MH370 Sebagai Bahan Gelak, Farhan Shah Minta Maaf - "Dia Telah Melampaui Batas..."
Menerusi klip video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok, Chia turut secara sengaja menghina seorang penonton persembahannya yang mengaku sebagai rakyat Malaysia dengan perkataan kesat.
Susulan itu, TikTok sudah mengeluarkan video tular oleh pelawak komediri, Jocelyn Chia, yang mengandungi kenyataan menghina Malaysia dan tragedi MH370, kerana mengandungi ucapan berunsur kebencian.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

gempak
07/09/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan personaliti Nani Roslan meluahkan rasa berang apabila dia membaca komen reaksi segelintir ibu bapa menyokong video konten ‘Abang Bas’ yang tular di TikTok.
Viral

Abang Sado JPJ First Time Masuk Perbarisan Hari Merdeka, Tiada Niat Bersaing - “Kami Nampak Yang Lain Pun Tegap”

gempak
30/08/2024
11:55 MYT
Pasukan Bina Badan Unit Beruniform Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) meluahkan rasa teruja apabila pertama kali menyertai perbarisan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya, esok.
Berita

Mayat Wanita Berulat Ditemui Terapung Dalam Longkang Besar Di Shah Alam

gempak
16/08/2024
23:40 MYT
Satu mayat wanita ditemukan terapung dalam longkang besar berhampiran Perumahan Dillenia, Seksyen U11, Bukit Bandaraya, Shah Alam pada Jumaat.
Terkini

Dr Say & Polis Serbu Bilik Maid, Kantoi Dua Lelaki Menyorok Dalam Selimut - “Saya Layan Seperti Manusia, Tapi Layanan Binatang Mereka Beri…”

gempak
31/07/2024
00:50 MYT
Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say meluakan rasa kecewa dengan insiden pembantu rumahnya yang membawa masuk dua lelaki ke dalam rumah tanpa pengetahuannya.
Hiburan

Dr Say Menggigil Tahan Marah! Maid Senyap-Senyap Bawa Masuk Lelaki Dalam Rumah - “Baby Zeq Tengah Tidur, Boleh Dia Buat Projek”

gempak
30/07/2024
08:00 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril berang apabila pembantu rumahnya bertindak membawa masuk dua lelaki ke dalam rumah tanpa pengetahuannya.