,
Laman Utama

Paula Abdul Photoshop Muka Nampak Muda, Peminat: “Semua Orang Tahu Rupa Asal Anda”

Maliah Surip
04/01/2023
14:40 MYT
Tindakan Paula Abdul melakukan teknik photoshop pada bahagian wajahnya baru baru ini ternyata mengundang kritikan.
Ramai dalam kalangan pengguna media sosial mengaku hampir tidak mengenali wajah sebenar penyanyi tersebut selepas dia ‘mengubah’ wajah aslinya semata mata untuk kelihatan lebih muda dari usia sebenar.
Untuk pengetahuan, juri Americon Idol tersebut sudah mencecah usia 60 tahun.
Namun seperti tidak boleh menerima hakikat faktor usia membuat penampilannya juga berubah termasuk memiliki kedutan pada wajah dan mendua, Paula telah melakukan photoshop dalam gambar gambar yang dikongsikannya sewaktu menyambut perayaan Krismis, minggu lalu.
Malah wajahnya nampak jauh berbeza lebih muda seperti remaja berbanding rakan rakan seangkatannya dalam gambar yang sama.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram, Paula dilihat bergambar dengan model Heidi Klum, Jaclyn Smith, Paris Hilton dan bintang The Real Housewives of Beverly Hills Crystal Kung Minkoff yang kesemuanya langsung tidak melakukan ‘perubahan’ pada penampilan mereka.
“Rupa ini terlalu berbeza,” ujar seorang netizen seperti dilaporkan Pagesix.com.
“Wah, saya tak faham kenapa anda melakukan ini? Semua orang tahu wajah sebenar anda. Apa yang anda lakukan ini sangat memalukan,” tulis yang lainnya pula.
“Ya ampun, anda kelihatan seperti seorang kanak kanak perempuan,” tambah seorang lagi.
“Siapa ini,” tanya seorang lainnya dan ada yang menulis: “Mana Paula Abdul”?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.