,
Laman Utama

Patung Lilin Lee Chong Wei Di Madame Tussauds Singapura!

Amri Hassan
13/10/2022
11:25 MYT
Sekian lama ditunggu-tunggu sejak pengumuman rasmi pada 2020, Madame Tussauds Singapura akhirnya melancarkan patung lilin bekas pemain badminton No.1 dunia, Lee Chong Wei pada hari ini.
Seorang figura yang tidak asing lagi di Malaysia, Lee Chong Wei merupakan atlet negara pertama yang diabadikan di Madame Tussauds.
Patung lilin beliau kini berdiri sama tinggi dengan atlet-atlet terkemuka dunia termasuk pemain bola sepak legenda Cristiana Ronaldo dan David Beckham.
Lee Chong Wei menempa nama di arena sukan apabila dinobatkan sebagai pemain badminton terbaik selama 349 minggu, di mana beliau menduduki tangga teratas selama 199 minggu berturut-turut. Selain meraih 69 gelaran siri super, beliau juga telah mewakili Malaysia sebagai duta muhibah UNICEF.
Pada November 2019, pasukan Madame Tussauds telah mengambil 200 ukuran atlet ikonik itu secara teliti dalam satu sesi pengukuran badan yang berlangsung selama enam jam.
Setelah mengharungi dua tahun penuh dengan pancaroba, Madame Tussauds Singapura tidak sabar-sabar untuk mempersembahkan patung lilin Lee Chong Wei kepada para peminat di Asia Tenggara sebelum ia diabadikan di ‘kediaman tetap’ di Hong Kong.
Malah, beliau telah menyumbangkan jersi rasminya daripada persembahan terakhir Olimpik di Rio 2016, sekali gus menjadikan patung lilin itu lebih istimewa lagi.
Peminat tentunya akan teruja dengan peluang bergambar bersama patung lilin yang betul-betul seiras dengan jaguh badminton itu, sebagaimana keterujaan yang dirasai beliau sendiri.
"Saya sangat teruja akhirnya dapat berkongsi patung lilin saya bersama peminat dari seluruh dunia. Pasukan di Madame Tussauds telah memerah keringat untuk menjayakan usaha itu. "Mereka sungguh teliti dalam menjalankan tugas mereka untuk ‘mencipta semula’ saya, dan saya amat menghargai peluang dan penghormatan ini," katanya.
Pengurus Besar, Madame Tussauds Singapura, Steven Chung, turut berbangga berkesempatan menjadi tuan rumah kepada patung lilin Lee Chong Wei.
"Jaguh sukan adalah individu yang luar biasa. Mereka memiliki aura unik yang mampu menawan hati peminat dan memberi inspirasi kepada generasi muda dari seluruh dunia.
"Kami berbangga kerana dipilih sebagai Madame Tussauds pertama yang mempamerkan Lee Chong Wei, salah seorang figura tersohor di rantau ini, di Singapura, di mana beliau akan berdiri sebaris dengan gergasi-gergasi dalam ‘Dewan Kemasyhuran Sukan’ kami sendiri," katanya.
Madame Tussauds Singapura dengan sukacitanya mengumumkan Malaysia Airlines dan Firely sebagai rakan kongsi syarikat penerbangan rasmi untuk pelancaran ini.
Peminat yang ingin menyaksikan patung lilin Lee Chong Wei boleh melayari laman sesawang Madame Tussauds Singapore di www.madametussauds.com/singapore untuk membeli tiket tarikan pelancongan sebelum ia berlepas ke Madame Tussauds Hong Kong pada suku pertama 2023 untuk paparan kekal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Sukan

Pearly-Thinaah Juara Terbuka Hong Kong

gempak
15/09/2024
08:10 MYT
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah muncul juara Terbuka Hong setelah menewaskan pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning secara straight set sebentar tadi.
Filem

Astro Shaw Rai Kemenangan Cheah Liek Hou Hadiahkan Pingat Emas Pertama Malaysia, Filem Gold Ditayang Semula Di Pawagam

gempak
03/09/2024
08:29 MYT
Jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), sekali gus menyumbang emas pertama untuk Malaysia tahun ini.
Sukan

Paralimpik Paris 2024: Cheah Liek Hou Sumbang Emas Pertama Buat Malaysia

gempak
02/09/2024
17:08 MYT
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia selepas menang pada aksi final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik Paris 2024, pada Isnin malam.
Sukan

Paralimpik Paris 2024: Liek Hou Hampiri Pertahan Emas, Fareez Tumpu Penentuan Gangsa

gempak
02/09/2024
03:25 MYT
Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, hanya selangkah untuk mempertahankan pingat emas apabila mara ke final acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), Sukan Paralimpik Paris 2024 di Arena Porte de La Chapelle awal pagi tadi.