,
Viral

Pasangan Suami Isteri Hadiahkan Kereta Axia Untuk Ibu Bapa

Zulaikha Yusof
05/07/2020
04:45 MYT
Setiap anak mesti menyimpan hasrat untuk membalas jasa dan membahagiakan ibu bapa walau apa cara selagi mereka masih bernyawa.
Kecil atau besar ganjaran itu bukan ukuran. Yang penting datang ikhlas dari hati dan dilengkapi dengan usaha.
Buat pasangan suami isteri ini, Amzar dan Fairuzziela, 26, memilih untuk menghadiahkan sebuah kereta Axia berwarna hijau untuk kedua orang tua yang tinggal di Taman Padang Nyu, Perlis.
Menurut Fairuzziela, dia nekad untuk membeli selepas mendengar kisah ayahnya, Haji Abdullah, 61, yang terpaksa menaiki motosikal pergi ke klinik walaupun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.
"Saya dan suami rancang dah lama, sejak saya tersentap dengan ayah. Masa tu dia bagitahu saya bulan Ramadan lalu dia pergi ke klinik untuk ambil ubat dengan menaiki motosikal.
"Kan tengah puasa, dengan cuaca panas pulak. Ayah saya ni mengalami penyakit kencing manis yang terok juga. Kaki dia dah dijangkiti, saraf selalu sakit.
"Bila dengar macam tu saya terkedu diam. Balik rumah terus saya berbincang dengan suami. Macam mana pun tetap nak beli kereta untuk ibu dan ayah.
"Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan jual beli kereta," katanya ketika dihubungi Gempak.
Terima kasih mak ayah ? pic.twitter.com/qKNoFaAsKL— ℜ??? ? (@feyrose_) July 3, 2020 Tambah Fairuzziela, pada hari kejadian itu dia dan suami hanya beritahu ibu ayah untuk keluar makan di Kuala Perlis.
"Ibu dengan ayah memang tak sangka sebab saya hanya bagitahu untuk keluar makan di Kuala Perlis. Masa tu pulak ayah demam, itu yang terasa sangat sampai menangis.
"Pagi Sabtu semalam ayah dah guna kereta tu pergi masjid. Dah lega demam dia. Saya pun tumpang gembira," katanya lagi.
Tambah Fairuzziela, walaupun kerjayanya sebagai guru KEMAS manakala suami membuka kedai menjual Gadjet di Jitra, itu tidak menjadi penghalang untuk mereka berbakti kepada orang tua.
"Usaha, doa dan tawakal kepada Allah. Hari-hari niat nak gembirakan ibu bapa. Insya-Allah mesti dibantu," katanya menutup perbualan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Suami Buat 100 Panggilan Gangguan Sehari Kerana Cemburu

gempak
18/09/2024
11:55 MYT
Semuanya terbongkar selepas wanita yang berusia 31 tahun dari wilayah Hyoga,Jepun telah membuat satu laporan polis.
Berita

Diisytihar Musuh Selepas Keluar GISB, Bekas Jemaah Cerita Perit Hidup Tiga Tahun Dipisah Anak Isteri - "Fikiran Didoktrin, Mereka Ditempatkan Di Negara ..."

gempak
16/09/2024
04:25 MYT
Kisah syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang didakwa memanipulasi penghuni rumah amal mereka ternyata masih memberi kesan mendalam buat seorang bekas pengikut kumpulan berkenaan.
Hiburan

“Janganlah Sesuka Hati Pegang Anak Orang, Minta Izin Dulu” – Erra Fazira

gempak
14/09/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengacara jelita, Erra Fazira meluahkan rasa kurang senang apabila timbul isu berkaitan kanak-kanak menjadi mangsa amang seksual fizikal seperti yang tular baru-baru ini.
Hiburan

Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

gempak
11/09/2024
15:45 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.
Viral

[VIDEO] Lelaki Tendang & Ludah Pada Kereta Tesla Tanpa Sebab, Owner Tampil Dedah Bukti Dashcam

gempak
11/09/2024
01:55 MYT
Tular di media sosial kini sebuah rakaman video yang memaparkan sebuah kereta ditendang dan diludah oleh seorang individu di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur.