gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bisikan Terlarang: Ramai Mengaku Rasa Takut Untuk Berkahwin, Ini Antara Sebab Yang Paling Popular
RANCANGAN
#BigStageAlpha - Araff Tak Sangka Ada OT7, Debut Dengan ALPHA - “Waktu Nama Tak Umum, Benda Pertama Saya Fikir Adalah Motor”
HIBURAN
“Itu Hanya Majlis Resepsi, Bukan Upacara Agama Lain” - Ibu Mentua Errisa Puteri
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Paru-Paru Bayi Maut Tertindih Lengan Bapa Ada Kesan Cedera - Polis

gempak
Gempak
20/06/2025
06:25 MYT
Sponsor Banner
Paru-Paru Bayi Maut Tertindih Lengan Bapa Ada Kesan Cedera - Polis
Hasil keputusan bedah siasat bayi lelaki berusia tiga bulan yang maut dipercayai akibat tertindih lengan bapanya menunjukkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian paru-paru.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kecederaan itu mungkin disebabkan situasi tertindih yang menyukarkan bayi terbabit bernafas.
"Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh Dr Muhammad Khairul Afizal mendapati kes diklasifikasikan sebagai pending laboratory investigation dan beberapa sampel telah diambil untuk ujian toksikologi ke Jabatan Kimia Melaka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, bedah siasat terhadap bapa bayi, Nuruleffendy Ibrahim, 35, pula mendapati terdapat satu sumbatan dan dua injap jantung yang tertutup, namun tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh si mati.
"Hasil bedah siasat diklasifikasikan sebagai Ischemic Heart Disease atau penyakit serangan jantung," katanya.
Dalam kejadian pagi semalam, bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai akibat tertindih lengan bapanya yang terkena serangan jantung di kediaman mereka di Kampung Perigi Hang Tuah, di sini.
Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri oleh isterinya, Azura Abdul Malik Yaher, 37, yang pulang ke rumah untuk membawa anak bongsu daripada tiga beradik itu mendapatkan suntikan bayi di klinik kesihatan. - Bernama
Sumber: Sinar Harian menerusi Bernama
Topic Berkaitan
#Cedera
#Bayi
#Maut
#Lengan
#tertindih
Must-Watch Video